Sayang korang!!

Thursday, November 24, 2011

Jom kita bercuti! yeay


Assalamualaikum wbt...

Selamat Pagi semua!! korang dah breakfast? okay bagus! 

Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang apa yang berlaku dua tiga hari. Semester 5 sudah melabuhkan tirai dan SELAMAT DATANG CUTI SEMESTER! yeay! Habis sudah jangka hayat semester ni, tunggu semester depan pulak.. Woahh! nanti dah masuk semester 6! Gila lah, mesti lagi pening dari semester 5..Cukup2 lah rasa terseksa semasa semester 5 ni. Hmm tidak mengapa sabar jela. aku kena kuat! kengkawan aku kan ada. boleh tempuhi bersama. kan? Okay lah kat bawah ni cerita aku :


korang ingat pakai PC tak gempak? *ayat cover* bhahaha!



1 :: Laptop Oh Laptop!

Aku sudah mintak idea dan pandangan orang ramai dan aku buat keputusan tak nak repair laptop aku tuh sebab kalau baiki pun nanti dia akan jadi balik. Huhh kesian kat kau lappy! *Jasamu Dikenang!* dan aku buat pilihan nak beli PC (Personal Computer) Mesti korang pelik kan? yela pc ni memang susah nak bawak kemana tapi kalau aku abaikan pasal boleh bawa ke mana-mana aku tekankan tentang kepuasan dan ketahanan itu sendiri. PC ni memang tahan, kalau beli yang low spect pon nanti boleh upgrade, ye dak? kalau laptop tak boleh upgrade mana. cuba boleh tambah Harddisk dengan Ram jela. kan? Aku sekarang ni cuma nak cari CPU, Monitor dah ada kawan aku nak bagi *baik sungguh dia, Waaahhh!* Kalau korang tahu kat mana2 ada jual CPU yang murah bagitahu la eh?


2 :: Berkelah di Taman Polo

Ini terjadi pada hari selasa lepas, mula2 aku suruh mami masak je sebab aku malas nak masak. aku nak bagi la barang basah yang ada dalam peti dan nanti dah siap masak makan kat rumah. Tapi lain pulak yang jadi, dorang ni boleh pulak berkelah bagai! dalam fikiran aku memang tak da langsung terlintas nak berkelah, yela kan esok paper last. mana satu hape aku tak study lagi. wakaka! Last2 berjaya gak, dorang sanggup berjalan kaki dari rumah sewa dan pegi padang polo. jaraknya dalam 3 kilometer macam tu tapi dorang ni gegeh!! hahah cayalah! Menunya Sup Ayam, Sayur Campur ( Mami masak ), Sambal ikan bilis (Nurul yang masak) dan Nasi (wani yang masak *nasi ang memang paling sedap!*) Jom tengok gamba gedik dorang ni. wakkaka!




aksi gedik2 mereka. Mesti lepas ni aku rindu!


Okay lah sampai disini sahaja entry kali ni. aku dah siap2 nak tinggalkan ipoh ni. Jaga diri baik2 yer kengkawan, jumpa semester depan! Papai!

Monday, November 21, 2011

Compact CQ-40

Assalamualaikum semua!

Hmm hari ni nak luahkan sedikit tentang perasaan yang melanda diriku ini. Hidup jadi tidak keruan, tekanan perasaan, stress! warghh!

Laptop Aku Rosak lagi!!

dulu dah rosak skrin, tapi okay lah dah baiki. Sekarang motherboard pulak rosak. korang tahu jela kalau dah rosak motherboard ni baik tukar laptop baru je. Aku tanya la budak2 yang pakai laptop jenis yang sama. dia pun cakap mengalami masalah yang sama. walaupun dah tukar tetapi selepas 6 bulan atau beberapa bulan akan rosak lagi.. ada yang cakap sampai dia tukar motherboard 3 kali tapi tetap jadi macam tu. aku tak tahu dah nak buat macam mana. sama  ada nak tukar dan mengalami masalah yang sama akan datang atau tukar laptop baru terus. Kalau nak beli baru tu memang boleh tapi perbelanjaan aku tahun depan akan berkurang sedikit, dah la nak guna duit untuk Final Project lagi. jadi bagaimana? Keputusan mana yang patut aku buat? aku masih berfikir. nak cuba anta kat centr HP dan tanya okay tak kalau tukar motherboard baru. kalau tak terpaksa beli baru.

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Wani!





Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Wani!
Happy birthdayyyy toooo youuuuu...!! 
*ala2 vokal jaclyn victor*

Selamat Hari Tua Wani!

Ucapan: 
---> Semoga kamu diberikan kekuatan untuk menjalani hari - hari mendatang.
---> Semoga diberikan kelancaran dan kemudahan setiap apa yang di lakukan.
---> Semoga berbahgia dengan A*** dan di murahkan rezeki!
---> Sila gemukkan diri anda sedikit. Kurus macam cicak ang ni. *take note*


Kami gembira dapat kawan macam anda! Terima Kasih! ٩(●̮̮̃•)۶






Nota : 17/11/2011,0812 Malam, Kediaman Taman Cempaka.

Monday, October 10, 2011

Tragedi 10 Oktober



Pada pukul 0715 berlakunya kemalangan di Highway Bukit Gantang, Selepas mesej dua orang aku terus simpan ke dalam beg tanpa menghiraukan kemana baby aku diselit, yang aku nampak dia berlari-lari anak dari tangan aku dan terjatuh di atas jalan raya yang rata dan bergolek-golek di lane tengah highway. Aku panik dan terus berundur dan melihat dia dari jauh, dalam beberapa minit menunggu ketiadaan kenderaan, ada sebuah toyota Alpard melalui jalan itu dan terus digilisnya. *sambil dua belah tangan kat kepala* Ohmai!!!




Muka Belakang


Muka Hadapan


Macam mana? sadis tak? ishh, hanya sim card je boleh di selamatkan. Memory card aku tak tahu kemana dia lari. Wuhuu hp nie banyak kot berjasa kat aku, beli time form 5 dulu. gegeh aku kumpul duit semata2 nak beli hp yang canggih nie time tu. Nak buat camna kan dah ajal dia pegi dulu, mungkin dia dah tua nak berkhidmat untuk aku, kan? haaa atau mungkin ada peganti yang lebih baik? *wah mata terbeliak* haha. papepon selamat jalan kenangan!


Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday !





Happy Birthday to You.

Happy Birthday to You,
Happy Birthday to Dear,
Happy Birthday to You



Sincerely,

From good friends and true,
From old friends and new,
May good luck go with you,
And happiness too.




Don't to forget to watch this! ;D




" I hope after this will give you a thousand of luck, given a good health and the important thing is may Allah bless you ! Last but not least Senyum Sokmo eh? "

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan kembali lagi



Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi!





" Ya Allah aku bersyukur kerana dapat lagi berjumpa ramadhan kali ini, Ya Allah berilah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelomnya, kuatkan lah iman ku pada bulan yang berkat ini ~ Amin"


Alhamdulillah hari puasa pertama sudah pun berlalu, dan ia amat mencabar jiwa. di sini aku nak share sikit pasal hari pertama nie, semalam aku bangun sahur pukul 5.15 pagi, terus bangun pergi basuh muka then kejutkan paez ajak kuar pegi beli makanan sahur, bangun tak payah pakai pakai alarm sebab budak2 kat area umah nie dah terpekik kejutkan kteorg! haha, semak ja "Sahur sahur sahur" dah macam duk hostel lak..ok balik pada cerita tadi, aku pon amik kunci moto, bukak lock rim, pastu nak bukak plak lock kat moto, aku geram!! tak boleh2 nak bukak, hampir 20 minit aku buang masa kat moto tu , sakit jiwa kot! pastu aku panggil paez suruh dia bukak, tapi aku tak puas hati lagi..bukak2 bole lak! haha


Rupanya aku silap masuk lubang kunci, hahah! bengong kot, patot la aku bukak tak dapat2, mamai punya pasal! 

 Hampeh berok nie ckp!



Selesai bahagian tadi, yang satu lagi aku rasa kurang bernasib baik, hari pertama puasa dapat makan "roti john dengan tea o laici ja" , gerak ke bazar dah awal tapi time tu memang sesak gila, skali pusing memang tak dapat tgk juadah langsung, kali kedua pusing kurang orang ramai kat situ tapi masalahnya makanan pon lesap! habis camtu ja, so ape lagi xda pilihan. beli jelah apa yang ada, jadi hari pertama puasa nie makan ala kadar je.

malam pukul 10 lepas habis terawih kami cari lagi makanan! pusing satu town, kat dataran satu kedai je bukak tu pon ramai, jadi cari yang lain..pegi area simpang pulai, satu kedai pon tak bukak! memang sakit jiwa time tu, last2 pegi kat Mamak ehsan tapi ramai gak, aku duk kat situ lama2 tapi mamak kat situ macam tak nampak je aku, jadi kteorg blah! huhh, sakit hati betol..jadi kami buat keputusan cari lagi kedai..last2 dapat la kedai makan yang tercorot sikit. tapi ok lah nasib baik makanan kat situ sedap sesuai dengan harga, akhirnya kenyang! hehe, Alhamdulillah ;D


Esok hari kedua berpuasa, semoga hari esok lebih baik! hehe, ok lah aku nak tido, esok nak bangun sahur lah, ok lah..Bye

Friday, July 1, 2011

hari terakhir



I will miss this moment !



heyy guys! apa kabar? sihat kah? ok bagus lah, dah lama tak update blog nie..bkan apa just tak berkesempatan dan takda masa, hehe..ok hari nie aku just nak bercerita yang hari nie last aku kerja kat sini dan berada di seremban nie. dah setengah tahun aku kat sini, ada suka dan duka yang banyak berlaku tapi yang penting aku seronok dapat praktikal kat sini..riuh rendah jaa suasana, hahahah!

Ahad nie aku dah gerak pegi taiping umah paez kejap then hari selasa baru bertolah ke ipoh masuk rumah sewa! wahahah mintak2 villa tu lengkap dengan semua perabut - perabut..tak best la tido atas tilam tanpa katil, bukan nak demand tapi hehehe...^___^ **sendiri mau ingat**

peh balik nie nak siapkan report **last step**, petang nie basuh baju then malam lak packing barang..pagi esok packing barang lagi, petang kuar cari seluar dan baju, wahh wahh macam first semester je macam2 nak kena beli..yela sekarang undang - undang poli dah ketat, sluar "slack jeans" dah tak bole pakai (tapi kalau line clear aku pakai je) haha..hah satu lagi alatan tulis tak prepare pape lagi..hampeh semua dah hilang! =.="

ok lah semua aku rasa tu je kot nak update pasal aku sekarang nie, hari nie half-day sebab petang nie ada keje skit nak siapkan..ok guys sampai berjumpa lagi!!

+ mesti rindu kat staf2 instrak, dorang neh spoting bole bawak bergurau...riuh rendah ofis!
+ rindu nak makan sedap - sedap, pasti lepas nie tiap2 hari makan nasi goreng -goreng jaaa
+ lepas nie dah tak boleh tido bangun lewat sebab tiap - tiap pagi ada kelas =.="
+ lepas nie kena blaja betul2, xkan aku persiakan 2 semester yang lagi tinggal..pulun2 weh!


hah tu jela, ok bye!

Wednesday, June 8, 2011

Got it!


X - Men First Class



Alahai walaupun tak dapat nak tengok citer nie kat wayang tapi akhirnya dapat gak aku tengok kat umah..download sudah, even gambar copy wayang tapi bole lah hodoh2 layan kan? Jimat duit aku..haha,

Berdasarkan pemerhatian aku tengok citer nie berkisahkan sejarah x-men, macam mana mr.x dapat kumpul ramai2 mutan dan juga bagaimana magneto boleh memihak pihak lain..so dari citer x-men first class nie banyak berkisarkan tentang asal usul x-men..hahahha!! pandai je aku buat andaian kan?? ahhaha..niway korang pegi la tengok, tak rugi pon! believe it! haha

ok kat sini aku ada sediakan link untuk korang yang rasa2 malas nak tengok kat wayang ;)

>>>>> Part 1
>>>>> Part 2
>>>>> Part 3


Enjoy keh! ^__^

Tuesday, June 7, 2011

goshh!



Yeo..hye korang! sihat x?? dah lama x hapdate blog neh..niway skrng aku dah keje dah, keje kat tempat praktikal aku hari tu..2 jun lepas start, nasib baek aku tanya penyelia kalo tak duk umah jela 2 bulan..yela bajet nak keje cashier la, promoter la, ape lah akhirnya ket sini gak aku! hahaha..tapi ok la kan..

hmmm..yang merisokan aku neh report x siap lagi, bulan depan dah nak masuk kampus dah..isk3, dah keje nie lagi la ++ malas..hari minggu lagi ah x boleh sibuk dengan projek naik taraf rumah setinggan yang tak siap lagi tu...bila bila bila aku nak siapkan report yang terbengkalai tuh???!! shit..

Lepas nie dah tak keje dah, selamat datang dunia pembelajaran..aduhh assignment? test? kuiz? FINAL?? warghh..sabo jela, nak kena pulun lagi blaja network..kat kpala aku neh lupe dah network2 nie, yela kat tmpat keje nie byk guna coding tapi ok la sekurangnya aku banyak blaja..haha,

Sekarang nie aku cuma luangkan masa menghabiskan sisa hidup di rumah..nanti dah masuk umah sewa susah dah, makan kena cari sendiri xdo lah mcm sekarang best je balik umah tgk2 mkanan semua dah ada...so aku kena bersyukur skit, Alhamdulillah..;)

keh la nak lepak2 jap.. saje update bosan koje xdo, ahhaha! ok Chow

Tuesday, May 17, 2011

the final decision





Dulu 
Dalam kesedihan dan kekalutan aku selitkan sedikit kegembiraan dan keceriaan walaupun perbuatan itu menyeksa dan menghukum diri ku sendiri tetapi aku bahagia melihat kamu bahagia, aku sanggup melakukan apa saja demi untukmu, tiada niat sedikit pun aku untuk melukakan hati mu



Sekarang
Tetapi sekarang pengalaman telah membuka mata hati ku, semua itu tidak lagi terjadi. Aku bukannya mahu kamu tersiksa namun kalau boleh hendak ku jauhkan dari mu, situasi sekarang amatlah berbeza, kamu bukan lah miliku lagi. aku hanya ingin melihat kamu bahagia tanpa melukakan hati sesiapa. aku harap kamu bahagia..



I'm Sorry






" ingatlah bulan akan sentiasa menyinari bintang-bintangnya walaupun bintang itu jauh dari angkasa kerana bulan akan menyinari seluruh alam semester "

Tuesday, May 10, 2011

its all about everyone!


Hey Guys! Waaaa dah lama aku nk update blog tapi sekarang baru ada masa, bukan ape uolls minggu lepas balik kampung mana ada connection, cuma kat cc jela..tu pon aku sempat update yang penting2 je, birthday mami coii tu! haha..maklum la sekarang dah habis praktikal so kat cc jela tempat aku untuk mengarut ngan uolls! haha..hah banyak benda nie nak story mory tapi camna eh..ok lets make it simple,



No 1 : Hah yang post nie act aku nak update time last day praktikal..its about my last day at INSTRAK =)

Hari tu perasaan memang best gila, 2 hari sebelum tu aku on9 je..if ada keje baru aku buat, so banyak masa terluang disitu..tapi time tu x de niat plak nk update blog, time last praktikal tu aku rasa sangat dihargai..nak2 kak eqa dah layan aku macam "putera raja" hahaha, tapi time layan tu ada unsur2 perli2 skit..x bole blah! haha..pagi tu kak hajar bawak puding ape ntah..**sorry aku lupe ape kenamenye**, tapi sedap if kurang manis sket..hahah! bukan apa aku x suka manis2..kah3 **kalo kak hajar bace nie mintak maap yo, den gurau jo**, petang sebelum 530 dorang nie kumpul duit then order DOMINO PIZZA dan aku pegi beli TROPICANA TWISTER kat tesco (last keje aku beli membeli kat instrak ;p), aku x tahu nak cakap apa..aku mengaku memang terharu gila time tuh! TERIMA KASIH!!


Last but not least :

" Saya nak berterima kasih kepada semua warga instrak kerana menerima saya sebagai "budak" praktikal kat situ..maapkan segala salah silap yang pernah saya kata or ckp sepanjang praktikal..nak2 fokus kepada penyelia aku, maapkan den yo kak! mane la tahu time kita gelak2 nyakat orang ada yang terasa, kah3..akaklah yang terbaikk!! dan kepada semua halalkan segala makan minum yang telah saya makan or termakan..hehe, semoga warga instrak terus bersemangat berkerja! haha"

"Yup! i realise goona miss them! that is my first practical training"









p/s: muka aku serabai gila!!



No 2 : Balik kampung!

Yeay! lepas habis praktikal je aku terus balik ke kampung halaman ku! dapat jumpa kawan2, dapat makan durian, dapat makan macd! dan paling best! aku dapat makan masakan kegemaran aku..agak2 dah setahun lebih kot x dapat rasa..asyik x sempat je dan xda sape nak masakkan..tapi hari tu aku bersemangat beli ikan kat pasar then suruh akak aku masak..hehe, itulah masakan ibu aku yang aku sangat suka! hehe..sapa2 calon isteri aku tu sila blaja yerr!! Opps tetibe je, ada ke masalahnya...?? Hah tapi yang paling x best nye aku balik kampung nie tahu kenapa? barang yang aku bawak balik akan berlipat ganda dari barang yang dibawa! hah mesti korang pening..ok, aku balik kg bawak 2 beg ja..satu beg baju dan satu lagi goodie beg, tapi balik somban nie tambah lagi 3 beg plastik besaq2! bab kata kawan aku " ko neh macam mak cik nak pegi niaga kat pasar dah" huhhh, nasib la badan....Alhamdulillah aku selamat tiba ke destinasi..syukran :)



No 3 : "AKU and KAU" or/atau " I and U?"

Benda nie amat mengejutkan dan mengekokkan aku bila nk berkomen or bertweet..selalunya guna i and u, tapi sekarang dah kena tukar jadi "KAU dan AKU" tak selesa katanya..aku ape boleh buat kena lah akur..orang dah x selesa kann?? hmm, tapi dia cakap dia teringin nak guna "KAU and AKU" sebab lagi brutal or kasar katanya.."oklah its up to KAU, rite??" (pelikkan bunyinya??) haha! tapi xpa..ko ker,kau ker,kamu ker, dia ker, semuanya sama..its all about her..Opps! wakkaka!



No 4 : aku dah dapat keje! (maybe)

Sampai je aku pagi isnin kat sini, balik tidoq rehat2 jap..petang terus pegi carefour isi borang, then tadi ada sorang pompuan nie cakap suruh datang petang pkul 3 nak interview..tapi aku cakap tak boleh sebab ada hal, act aku kena cat rumah akak aku yang beria sangat...sementara dapat keje aku dapat partime kat umah cat umah! hahaha, so aku tangguhkan interview tu ke esok hari..jam 3 petang kena pegi sana jumpa en hasrul, ok babeh i will..mintak2 dapat keje kat situ, aku malas dah nak cari2  =)



No 5 : Siakkkkkk!! (F U C K "can anyone pronounce it for me?")

Tadi aku pergi potong rambut kat salon *&%$# kat giant..mula2 pegi dengan yakinnya cakap nak rambut style2 camnie2..then aku cakap la nak buat under cut, tapi xnak slop tinggi sangat sebab rambut aku kelakar slop tinggi2, pastu dia lawan cakap aku, "eh u x bole buat mcm nie..nanti tak nampak under cut tu" pastu aku jawab.." eh xpa, i xnak nampak sangat, just sikit je..xnak slop tinggi2" lantas dia memekak " ok i try, i buat bg u tgk dulu" lepas tu dah dia buat..aku nampak ok, tapi betul la ckp dia x nampak..pastu aku suruh dia naikkan skit slop tu..pastu dia memekak! "aiya u nie, i dah ckp tak nampak" ( dia memekak sampai satu tempat tu dengar! dah ler ramai kat situ) pastu aku dah bengang gile, aku suruh dia potong sikit je lagi then aku blah!! dah ler tak letak wax langsung kat gambut aku..salon je mewah tapi hamprakkk! baik aku pegi kedai biasa je..lagi mesra alam!!!




I MISS MY HAIR!

ok lah uolls, tu je yang sempat aku update..dah lewat nie, lepas nie nak kena sambung cat rumah plak..kang x siap2!! nite =)

Thursday, May 5, 2011

love u mami!!



Alamak aku betul2 dah lambat! aku betol2 dah telat! aku betol2 dah "late" ! aku betol2 dah betol2 dah rasa bersalah..hehe, niway

" Selamat Hari Lahir Mami ku sayang!! Semoga kedatangan ulang tahun yang ke-20 nie memberikan sinar kebahagiaan dan kejayaan pada ang..dipermudahkan segala urusan ang jalankan dan dimurahkan rezeki! Amin~ "

 ehhehe...act smlm aku ingat sbb aku terbace blog ang yang ang ckp poie jln2 kat i-city..aku pon tanya terus kawan aku hari nie hari apa?? kwn aku terus ckp 4 hb daaa..hah biar betikkk??!! warghh..terus je aku amik hp msj mami..hehe, nasib baik mami x tengking kalo x hbis aku..hehehe, k lah kat bawah nie ada hadiah untuk ang...errr tapi gambar jela, hehehe


chocolate cake tuk mami!! sedap tao..sorry sekeping aku dah tibai ;p



aku tahu ang suka snowglobe kan3??? heheh

Friday, April 29, 2011

lalalalala



 " SATU Soalan 4 Jawapan "



Hey guys! Fuhh dapat gak aku post entry nie..btw kat sini baru je ada letrik, blackout kejap td..nasib baek ada kipas manual! haha..hari nie hari kedua last aku kat INSTRAK, so aku rasa tak sabar neh!! hahaha..ok act aku telah di "tag" oleh cik Neytt Eiyrara untuk menjawab semua soalan ket bawah neh! so terpaksa la aku jawab..kebetulan takde keje nie~ oret so meh kita tgk ape soalan yang diberi :

(1) 4 things ways you picture yourself :
~ tabiat : selagi gambar tu x ok selagi tu aku posing! ;D
~ nak try bt muka brutal **tp some1  ckp aku x pandai buat muka camtu**
~ control dr senyum,**aku x suka senyum!**  Bluwerrkk!
~ Sblom snap kena tgk cermin dulu, rambut yg penting ;p


(2) 4 cute names (name mnje a.k.a nicknames) 
~Muh-Dee ~ act my classmate call that, i think its FUN! haha
~Theodore (Chimpunks) ~ he's so cute with his big buttock! haha
~ Babe ~ nice to hear it ^^

(3) 4 GOOD things you did today :
~ Of course, i have manage to finish my meal !
~ DONE with my task! **updating website content
~ I got that song! Rihanna-S&M
~ Blurrp2, i don think today is a GOOD day =.=" , babe its make me boreddd

(4) 4 places that you would dream to go :
~ 1st, im just wanna be HOME!!
~2nd, Vacation please! Pulau Kapas
~3nd, miss my buddies..nak balik kampus!
~4rd, Genting Highlands

(5) 4 things you ALWAYS bring around with you :
~ My baby C6! **senang nak twett!
~ my watches!
~ cincin tersayangku..
~ tetttt x tahu ape lagi..!!! jarang bawak byk benda


(6) 4 last things you did before joining this contest :
~ Hello, is THIS contest?! haha, just like im answering question
~ I got PM on FB say that i have been tagged ^^ Thanks!
~ Blogging~post entry!
~ its quiet trickly but i have to answer it..hentam jela erk ;p

(7) 4 people you love the most in the whole wide world
~ "people" rite ?? so First i love my family!
~ Ouhh My Buddies! (Paez,Wani,Yani)
~ love my babeh! Guest wat? haha
~ Love my Girl **tp ada ke mslahnya? (FUTURE)

(8) 4 kinds of human behaviors you've seen today :
~Keje Masuk lambat, kluar awal! (but aku dtg awal, kluar pon awal ;p)
~ kawan yang selalu ada dihati
~ Budak yg suka memalukan diri sendiri~ ish3, x ke bangang??
~ It's so so sooo annoying me, STOP IT ok!

(9) 4 missions that you want to achieve by the end of the year
~ be "successful" and 'crazy" student! haha
~ wanna stop smoking! but im not really strong
~ wanna be Employee of the month! haha
~ wanna be ur lover, can i? haha


(10) 4 of your bad habbits
~ Smoking, it is bad? huh
~ doin sumthing that other dont wanna do it! haha
~ SUKA stdy last minute!
~ Social networking addicted !


(11) 4 of your phobias :
~ FROG!!! euww
~ aku xnak nmom MILK TEA+SOUR PLUM! Bluwerkk!
~ nak muntah if nampak SOME1 neh! **guest who?**
~ hmmm, no idea..hehh


(12) 4 reasons you joined this contest :
(lol im just answering)
~ its nothing la...
~ just for fun..
~ bcos i have been tagged
~ maybe i have a lot of time to do this!


(13) 4 people who you want to tag : 
~ FAIZ **please update ok!**
~ Mami **jgn marah yoo, if ada masa buek la**
~ Manusia si duyung
~ Nurul si blogie addict!




ok, kalau korang ada masa jawab la erkk! Have fun! ^__^

Tuesday, April 26, 2011

bosan

BOSAN !!!!


Hey guys!  dah lama aku x hapdate blog nie yerp! bukan apa malas yang amat, hari je ada hati nak hapdate sbb aku B.O.S.A.N!!! hahaha..tu lah bila takde keje bosan lak kan, tapi time ada keje aku malas lak nak buat..tapi conlusionnya disini aku nak keje! hahaha.

PEJAM celik pejam celik lagi 3 hari lagi aku kat instrak, perasaan memang rasa lega tapi aku rasa akan kat ofis neh..lepas nie dah xde cerita "tension kat opis" daaa, cuma tension ngan task,assignment,test n bla bla..hidup aku kembali normal sebagai seorang pelajar! hehe..tapi pape pon sepanjang praktikal nie memberikan aku seribu pengalaman..pengalaman itulah mendewasakan kita, pemikiran kita akan berubah mengikut perkembangan masa..sesuai mengikut arus pembangunan, wahhh ayat x bole blah! wakkaka!!

Ok, Apa plan aku lepas nie?? yela cuti 2 bulan..hmmm,ok!

:: Jumaat malam gerak balik kg ! jmpe family (kutip duit)
:: Lepak ngan kawan2 yang bangang tu! 
:: Makan Durian sampai pitammmmm! (maklum la ada org nak blanja, kena demand skit..mintak utk tapau skali!)
:: Balik kg dalam seminggu then datang seremban balik CARI KOJE! yela cari duit poket sikit
:: Nak beli Baju,Seluar,Kasut baru! hehe

Tu lah kehidupan, selagi tidak dapat apa yang dihajati kita mesti USAHA!! USAHA!! USAHA!! hehe, tapi pape pon yang penting " I MISS MY BUDDIES! "  Mami,Paez,Wani,Nurul n Dila dan jugak kawan2 yang lain! hehe, k lah aku nak blah dulu..nanti bos aku nampak plak aku hapdate2 nie, **kelajuan taip tahap dewa neh**


" praktikal memberikan aku seribu pengalaman..pengalaman itulah yang mendewasakan kita "

Monday, April 18, 2011

konsert Justin Bieber


Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa its JB!!!!!

" i love his hair, he so cute, he so sexy, i want marry him !!!! "
~ suara budak2 perempuan ~


Oppss...tu bkn apa yang aku cakap, its just a dialog dalam filem neh haaaaa



sabtu lepas aku pegi MBO tgk wayang, act kawan aku yang blanja..so aku pegi jela, lagipun memang tengah pokai..so aku pegi jela ngan dia neh, jalan2 tgk citer apa yang ada..time tu aku sampai kul 4, so tgk la citer2 jam terdekat..agak2 citer NEVER SAY NEVER nie lah yang paling ngam sebab citer lain pukul 4.45, waa bapak lambat sangat..nanti lewat plak aku balik umah, maklum lah duk umah family nie x boleh merayap lama2..magrib mesti dah ada kat umah! ish3, so tgk jela citer nie..mula2 agak bosan lah, disebabkan cerita nie bukan filem aksi or perang..its just macam documentary ! kah3, menceritakan tentang hidup budak neh dr kecik, memang dari kecik pandai main alat music..tapi ok lah, enjoy aku tgk..tapi yang penting aku x rugi sbb bukan duit aku!! kah3


" aku rasa korang x payah la tgk konsert JB kat Bukit Jalil, sebab tgk citer nie dah macam tgk konsert! kakakaka "

Monday, April 11, 2011

jangan kau pergi ! :'(

Di Saat Aku Mencintaimu ~ Dadali



" Abadikan semua saat-saat indah bersama, akur lah terhadap semua yang terjadi, tidak semua yang kita rancang akan berkekalan..itulah lumrah kehidupan "





Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Thanks For The Song ^^

Wednesday, April 6, 2011

tika dahulu



Kita manusia,
dilahirkan daripada rahim seorang yang dikenali sebagai “ibu”
semua manusia di muka bumi ini dilahirkan oleh “ibu”
ibu menjaga kita dari kecil hinggalah sekarang,
cukup besar pengorbananmu ibu,


Ketika bayi :

ibu yang tukarkan lampin kita,
ibu yang menyuapkan makanan untuk kita,
ibu yang dodoikan kita ketika tidur,
ibu menjaga kita bagaikan permata,


Sekolah rendah :

ibu yang kejutkan kita di pagi hari,
ibu pakaikan pakaian seragam sekolah untuk kita,
ibu sediakan sarapan untuk kita,
ibu bagi duit belanja untuk kita,
ibu cium kita,


Sekolah menengah :

ibu siapkan makan untuk kita sebelum ke sekolah,
tiada lagi adab bersalaman,
pergi ke sekolah tanpa meminta berkat dari ibu,
tidak banyak lagi masa untuk ibu,
hanya untuk kawan, main sana main sini..
yang tahu balik rumah waktu magrib..
kita melawan cakap ibu..
kita tidak lagi menolong ibu..


Melanjutkan pelajaran ke IPTA :

kita meninggalkan ibu di kampung,
kita sibuk dengan assignment dan test,
kita sibuk dengan kawan-kawan,
tiada sepatah ucapan diucapkan kepada ibu,
kita jarang mendengar khabar tentang ibu,
kita jarang mengambil tahu keadaan ibu,
adakah ibu sihat? adakah ibu sudah makan?
ibu oh ibu…


TETAPI…..bayangkan ibumu sudah tiada lagi didunia ini, meninggalkanmu untuk selamanya..pada siapa kamu ingin bergantung harap? kawan2? lecturer? kasih sayangmu tiada bandingan oh ibu!



MORAL :
1)      sayangilah ibu selagi ia masih ada..
2)      tataplah wajahnya selagi masih ada..
3)      hargailah dia selagi masih ada..
4)      peluklah dia selagi masih ada..
5)      ciumlah dia selagi masih ada..


 "Jgn menyesal di akhir kelak ! "



p/s : sorry post nie bukan aku sengaja nak menjatuhkan setitis air mata korang tapi ianya kenyataan..^^






Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...