Sayang korang!!

Thursday, December 30, 2010

Chaiyok lah! ^^

Hari nie x brapa bosan kerana masa berlalu begitu saja. Aku dapat kerja baru! aku di kehendaki buat banner dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English dan perlu siapkan untuk 8 daerah dalam Negeri Sembilan neh! Aku suka sbb xda la bosan hari2 aku buat design, lama2 ketandusan idea~ Fuhh


Ni lah proposal yang aku dapat! hah ape lagi jom kita buat!


Kat bawah nie aku nk tunjuk la sket Step2 nk buat banner nie ::

1) Pilih gambar berdasarkan kesesuaian ayat.

so aku pilih lah gambar Kemenangan Skuad Harimau kita malam tadi! Malaysia Memang Boleh! saya bangga menjadi rakyat Malaysia! aha! <3


2) Kecilkan gambar mengikut saiz banner, ex: 648x148.


3) Masukkan text (Perhatian : perlu membuat perbandingan kontra warna background dan text supaya text tidak tengelam.


4) Then siap!! haha…**Sorry step yg paling simple

dua version yerr! ^^


Tapi yang aku x sedey T~T, sob3~~ ESOK AKU X CUTI!!! uwarghh!! sebab company ni akan masukkan cuti umum esok dalam cuti tahunan..haishh, esok terpaksa la pegi gak. baru ja niat nk Qada’ tido! hahhaha..k lah dah kul 530 lebeh nie! Chow!

CooL Vacation


hah hari nie aku xnak moody2! kalo hari2 kita tension bila agaknya boleh bahagia kan?? Setuju? haha! so hari nie aku nk citer tentang holiday yang sgt kelam kabut yang aku pegi weekend lepas, sebelom semua masalah nie terjadi!

First day, iaitu hari sabtu kteorg mmg da rancang nk pegi lepak2 kat PD but sampai2 mak aihh hotel semua penuh..then aku tgk kat pantai PD tu org cam ikan bilis da..bergelimpangan sana sini! haha, almaklumlah hari krimas semua org cuti..lagipun ingtkan pantai kat PD nie cantik cam pulau tapi x pon..penuh dengan pokok bakau, cantik lagi pantai kat Terengganu, kannn??!!



nie pantai Batu Buruk, Terengganu.

Then lepas tu, kami buntu cari idea nk pegi mana, fikir punya fikir last2 pegi KL balik then gerak pegi GENTING HIGHLANDS! wow satu pengalaman yang baru buat aku tuh! dalam perjalanan mendaki gunung tu agak mencabar sebab hujan yerr!! dalam pukul 6 sampai sana then mula lah aktiviti melepak! haha..


ni bukannya model nk tunjuk HP oke!


hah dah macam rama2 aku neh!! wakaka!


kanak2 ribena neh! ahha


testing2, PEACE! ^^


hah korang nampak x model christmas tree yg diperbuat dari mineral bottle neh?? ahha




Second day :: Ulu yam
haha, pelik gak nama tu ulu yam? cam kueh plak! haha..niway sini ada air terjun, tmpat org mandi manda! Best gak la sbb da lama aku x dapat mandi camnie, tapi bapak sejuk gila!

dalam perjalanan, yeay2!!


sebelom sampai kat ulu yam singgah dulu kat tasik buatan neh!


hah ape lagi mie, cepat lah terjun!!


hah hambekk ko!


Then lepas balik mandi tu, kami apa lagi pegi karok! menyumbangkan suara kat box tu!! ahha

jom kita sumbangkan suara!! haha


wah jiji ko da cam bapak org! haha


niway holiday nie amat best buat aku! rasa terhibur walaupun sekejap then x banyak tempat aku pergi! harap2 lepas nie bole holiday sakan lagi! yehaaa!

^^

Wednesday, December 29, 2010

29 NO KERAMAT!

hah pejam celik, pegi keje balik keje tutt2 hari nie 29 DISEMBER dah 1 bulan aku praktikal kat sini..hal kat tempat ofis satu hal, dengan aku ketandusan idea nk buat apa..Tapi yang aku STRESS dengan keadaan kat rumah..x tahu lah nasib apa yang melanda nie, BARU JA SEBULAN AKU DUK SINI DAH JADI CAMNIE..LAGI 4 BULAN CAMNA?? warghh! bole GILA aku dibuatnya!

Sebelom aku masuk praktikal kat sini, akak sulung aku ada suruh cari rumah sewa kat area2 seremban nie..bukan dia x kasi stay umah abg aku, but dia tahu camna perangai akak ipar aku neh camna..dia siap ckp nanti “try la nanti cari rumah sewa” aku pon ckp ok ok ja..sbb aku tahu abg aku xkan bg stay umah sewa sbb rumah dia kan ada..then nanti byk kos nk keluarkan dan yang paling penting dia nk perhati setiap “TINGKAH LAKU DAN HIDUP AKU”..Time tu aku ok ja, sebab xda apa masalah mula2..then lepas satu2 barang aku hilang, tapi aku diam ja..xnak la disebabkan barang yg remeh temeh tu aku bising2, so aku diam ja..tapi kalo da beli baru then hilang balik mmg takkkk la! ingtkan beli pakai daun ke hah?? kalo daun tiap2 hari time aku nk balik umah pegi kutip daun dulu..malah bukan tu je, aku belikan banyak barang2 then bg anak buah main! sukerr?? haishh

Kisah Telenovela Part 2

Semalam aku kluar pegi jogging ngan kawan aku yang kenal time event kat MITC Melaka hari tu.. then aku mesej ja abg aku ckp nk kuar, then dia ckp

“ok..tapi jangan balik lewat, pukul 11 balik! dan abg nak jumpa kawan tu!”

tengok lah idop aku skrng..dah macam budak kecik yang masih berhingus kan? aku x nak dikongkong! time aku dapat msj tu aku tengah makan sebelom pegi jogging..then terus aku tolak tepi makanan tu, xde selera langsung nk makan..aku rasa bagai nk GILA! mmg aku x bole terima diperlakukan begini..aku ada ckp suruh anak dia kembalikan barang yang dia amik, tetapi abg aku balas apa?

“dia ckp x ambik” hah? camtu je ke jwpnnya? aku ingtkan ada lah dia nk ckp nanti abg tolong carikan or kalo hilang nanti abg ganti, tetapi ini tidak!! aku x sangka abg aku pon x berpihak pada aku, maybe disebabkan kisah hidup aku yang teruk nie..aku x tahu nk cakap apa dah, mmg Tension GILA BABI!


hah camnie lah aku melalak smalam! uwarghhh!


Luka yang terguris ni amat meninggalkan kesan yang sgt GILA terhadap idop aku, dan perlukan masa untuk diubati..”YA ALLAH TOLONGLAH HAMBA MU INI! TOLONG BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN INI ~AMIN.”




Tuesday, December 28, 2010

Kisah Telenovela ku

Jam dah menunjukkan pukul 530. aku masih kat ofis, so masa untuk aku berkemas semua barang2 aku n balik makan! lapar sgt tahu x?? dah ler ngantok sbb tido lewat pkul 2 pagi..so aku pon bergegas lah ke moto, breng2~~ masuk highway keluar highway then sampai lah ke destinasi..

Tiba je aku sampai kat umah, anak buah aku datang kat aku n bla bla bla membebel…ibarat macam lalat dapat taik “””weng3 bunyinya..aku amat penat time tu, so aku x layan sgt ape yg dorang ckp..last2 ada anak buah aku yg sulung nie ckp “pok(pak cik) kalo nak beli apa2 sila bgatahu umie!” sbb apa kat tangan aku neh ada satu plastic, aku beli cleaner n mouse..(cleaner yang lama da dibuat main oleh dorang la so terpaksa aku beli baru), then aku bt bodo je n naik atas terus..

tiba je kat atas aku tengok satu-satunya locker aku yg bole simpan barang tu kena geledah..check2! warghh!!! BARANG AKU HILANG!!! banyak barang aku x tahu ntah kemana!!!

1) CD software yg aku rasa ada yang x cukup

2) Gelang blink2 (kenangan peah yang bagi)

3) Topi santa claus pon dia amik

4) Headset aku! waaa

5) Akseksori yang lain pon dia amik!

tapi yang aku nyampah kan..hp nokia 3100 aku pon dia amik, hosing hp tu mmg senang tercabut so anak buah aku bagi la kat umie dia..then korang tahu apa umie dia buat?? dia pegi BUANG!!!! waaaa saket hati betol aku..hp tu bole pakai lagi tahu x..sebelom nie da banyak barang aku dia buang, kalo org lain ada gak sifat2 nk tolong simpankan ke, nie tidak terus buang!! Then time aku mintak barang2 lain kat anak buah aku dia siap tulis lagi kat atas kertas “Pok barang-barang yang lain tidak akan dipulangkan!” **aku lupa nak snap pic kertas tu..

Tension x?? time tu aku balik meronta2 cam org gila bayang!! dengan penatnya balik keje n lapar terus jadi lain. aku benci!! time tu aku x tahu nk buat apa dah mmg tertekan sgt2. silent hp n terus tido!! pukul 4 pagi aku tersedar, perot lapar sgt n haus! aku pon p minum air sat..then sambung tido balik,


AKU RINDU MEREKA!!


waaaa~ Faiz!! aku rindu ang! semalam aku nk call ang tapi aku rasa x keruang sgt, kalo dulu kalo ada sedeh2 aku kongsi ngan ang tapi skrng tidak lagi..semuanya cam dulu2 time skolah,skrng Cuma blog jela tempat aku mengadu nasib..Mami n wani aku nk balik kampus!! aku nk blaja n duk rumah sewa lagi best..aku x nak duk sini, dah macam budak form1, I’M 19 oke!! dikongkong, semua benda aku nk buat kena bgtahu..dah macam2 lagi! korang pun tahu kan camna, aku penah citer kat korang pasal akak aku neh..mmg dia takkkkk la!!!

Monday, December 20, 2010

Wahh aku digoda!

wakakka! mmg bangang kan kalo dengar “digoda” tu kan?? hah aku ada satu story nie, kat mitc ari tu aku kenal satu budak nie, booth aku depan dia so kira jiran lah kami..time tu aku rapat ngan dia, x tahu lah kenapa, curi2 masa lepak kat booth dia time bos aku xdak! hahaha.. bosan doe kat situ, dan hangen tol aku kalo aku bagi pamphlet kat bapak org tu then dia tepis camtu ja! haishh, baek aku bg kat budak2 kecik yang x pandai jalan tuh kan??! pidahhh!

blah la ko dari sini! ***tetibe plak mamat moto ada kat sini, keh3

hahahahha,ok2 kita sambung citer tadi balik..dah kami rapat2, dia ajak lah aku lepak2 kat tempat dia..x sangka dia pon keje kat seremban??! ohhh tidakk! hahahah, xda apa dia ok ja kita org lepak2 tgk wayang n karok sama..then sejak hari tu tiap2 masa dia msj aku, aku buat cam biasa ja sbb biasalah kawan kan, tapi kan aku pelik kalo aku x sent msj kan selagi tu dia msj aku..sampai 5msj skali kalo aku tinggal beberapa minit..haishh, rimas aku! tiap2 malam dia col aku!! eeee xnak lah..benci aku! tiap2 pagi dia kaco aku..rimas weh rimas!! warghh! tapi kan dia baik sgt ngan aku, x tao lah camna..dia mmg baek, tapi tu lah dia bt aku serba salah krn kebaekan dia..ish3

wah sopan gitu! hahahah ***sekadar gambar hiasan

Monday, December 6, 2010

Kenapa ?! kenapa?! dan kenapa?!

kenapa dan kenapa? itulah yang bermain dipikiran aku, hari ini aku meeting dengan “System Manager” company nie dan hasil perjumpaan tu aku ditugaskan untuk “take over” semua website yang dipegang oleh budak2 praktikal yang lama, kerana hari ni hari terakhir bagi mereka so lepas nie segala kerja mereka aku yang kena buat! tak ke pitamm aku camnie?? warghhh!! migrain aku weh! dah ler sebelum nie boss da bagi aku kerja, dia suruh aku buat 100 contoh web design then skrng baru je siap satu..lagi 99 oke! warghhh yang mana aku nk buat neh?? *$%^ betol larh!


For ur information:


Name : Inisiatif Strategik Sdn Bhd

Address : 662-1 Wisma INSTRAK, Jalan Haruan 4/10, Oakland Commercial Centre ,70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Website

: http://www.instrak2u.com/

: http://dvillage.com.my/

: http://saifulapek.com.my/

: http://lisasurihani.my/


Syarikat ini juga membuat satu system pembelajaran iaitu Learning Management System (LMS), ala macam IPTA and IPTS yang guna sekarang nie, dan syarikat ini juga menawarkan pakej untuk web hosting dan yang paling gempak syarikat ini telah mereka satu sistem operasi (OS) yang pertama di Malaysia iaitu My1os, korang boleh search kat facebook pasti ada!



Selain itu, syarikat nie gak buat web untuk dijual or untuk artis contohnya website saiful apek ngan lisa surihani tuh. sekarang ni tugas aku untuk take over website instrak,LMS dan dvillage.. hah lupe dvillage tuh ialah website untuk satu resort di melaka. masalahnya sekarang! tahu ke aku nk buat benda2 semua nie?? ibarat kata manager aku, “ kamu kena blaja camna nk Develop, Design, Manage and Maintain” hah yela2, saya akan cuba sebaeknya ~ (dengan nada yang bersemangat ala2 main) haha, k lah korang! nanti kalo ada ketidakpuasan hati lagi aku hapdate oke! Chow!

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...