Sayang korang!!

Thursday, November 24, 2011

Jom kita bercuti! yeay


Assalamualaikum wbt...

Selamat Pagi semua!! korang dah breakfast? okay bagus! 

Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang apa yang berlaku dua tiga hari. Semester 5 sudah melabuhkan tirai dan SELAMAT DATANG CUTI SEMESTER! yeay! Habis sudah jangka hayat semester ni, tunggu semester depan pulak.. Woahh! nanti dah masuk semester 6! Gila lah, mesti lagi pening dari semester 5..Cukup2 lah rasa terseksa semasa semester 5 ni. Hmm tidak mengapa sabar jela. aku kena kuat! kengkawan aku kan ada. boleh tempuhi bersama. kan? Okay lah kat bawah ni cerita aku :


korang ingat pakai PC tak gempak? *ayat cover* bhahaha!



1 :: Laptop Oh Laptop!

Aku sudah mintak idea dan pandangan orang ramai dan aku buat keputusan tak nak repair laptop aku tuh sebab kalau baiki pun nanti dia akan jadi balik. Huhh kesian kat kau lappy! *Jasamu Dikenang!* dan aku buat pilihan nak beli PC (Personal Computer) Mesti korang pelik kan? yela pc ni memang susah nak bawak kemana tapi kalau aku abaikan pasal boleh bawa ke mana-mana aku tekankan tentang kepuasan dan ketahanan itu sendiri. PC ni memang tahan, kalau beli yang low spect pon nanti boleh upgrade, ye dak? kalau laptop tak boleh upgrade mana. cuba boleh tambah Harddisk dengan Ram jela. kan? Aku sekarang ni cuma nak cari CPU, Monitor dah ada kawan aku nak bagi *baik sungguh dia, Waaahhh!* Kalau korang tahu kat mana2 ada jual CPU yang murah bagitahu la eh?


2 :: Berkelah di Taman Polo

Ini terjadi pada hari selasa lepas, mula2 aku suruh mami masak je sebab aku malas nak masak. aku nak bagi la barang basah yang ada dalam peti dan nanti dah siap masak makan kat rumah. Tapi lain pulak yang jadi, dorang ni boleh pulak berkelah bagai! dalam fikiran aku memang tak da langsung terlintas nak berkelah, yela kan esok paper last. mana satu hape aku tak study lagi. wakaka! Last2 berjaya gak, dorang sanggup berjalan kaki dari rumah sewa dan pegi padang polo. jaraknya dalam 3 kilometer macam tu tapi dorang ni gegeh!! hahah cayalah! Menunya Sup Ayam, Sayur Campur ( Mami masak ), Sambal ikan bilis (Nurul yang masak) dan Nasi (wani yang masak *nasi ang memang paling sedap!*) Jom tengok gamba gedik dorang ni. wakkaka!




aksi gedik2 mereka. Mesti lepas ni aku rindu!


Okay lah sampai disini sahaja entry kali ni. aku dah siap2 nak tinggalkan ipoh ni. Jaga diri baik2 yer kengkawan, jumpa semester depan! Papai!

Monday, November 21, 2011

Compact CQ-40

Assalamualaikum semua!

Hmm hari ni nak luahkan sedikit tentang perasaan yang melanda diriku ini. Hidup jadi tidak keruan, tekanan perasaan, stress! warghh!

Laptop Aku Rosak lagi!!

dulu dah rosak skrin, tapi okay lah dah baiki. Sekarang motherboard pulak rosak. korang tahu jela kalau dah rosak motherboard ni baik tukar laptop baru je. Aku tanya la budak2 yang pakai laptop jenis yang sama. dia pun cakap mengalami masalah yang sama. walaupun dah tukar tetapi selepas 6 bulan atau beberapa bulan akan rosak lagi.. ada yang cakap sampai dia tukar motherboard 3 kali tapi tetap jadi macam tu. aku tak tahu dah nak buat macam mana. sama  ada nak tukar dan mengalami masalah yang sama akan datang atau tukar laptop baru terus. Kalau nak beli baru tu memang boleh tapi perbelanjaan aku tahun depan akan berkurang sedikit, dah la nak guna duit untuk Final Project lagi. jadi bagaimana? Keputusan mana yang patut aku buat? aku masih berfikir. nak cuba anta kat centr HP dan tanya okay tak kalau tukar motherboard baru. kalau tak terpaksa beli baru.

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Wani!





Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Wani!
Happy birthdayyyy toooo youuuuu...!! 
*ala2 vokal jaclyn victor*

Selamat Hari Tua Wani!

Ucapan: 
---> Semoga kamu diberikan kekuatan untuk menjalani hari - hari mendatang.
---> Semoga diberikan kelancaran dan kemudahan setiap apa yang di lakukan.
---> Semoga berbahgia dengan A*** dan di murahkan rezeki!
---> Sila gemukkan diri anda sedikit. Kurus macam cicak ang ni. *take note*


Kami gembira dapat kawan macam anda! Terima Kasih! ٩(●̮̮̃•)۶






Nota : 17/11/2011,0812 Malam, Kediaman Taman Cempaka.

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...