Sayang korang!!

Thursday, May 24, 2012

Perasaan yang bercampur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, korang sihat? Dah lama tak update blog, maklumlah semester yang terakhir ni sangat menyibukkan. So  sekarang masa tu ada sikit even masih lagi ada khursus yang perlu hadir. Alhamdulillah aku telah berjaya tamatkan pengajian di politeknik selama 3 tahun disini dan bakal menjadi graduan pada Mei tahun hadapan *InsyaAllah*. Perasaan bersyukur dan gembira amat jelas terpancar di wajah aku ni, yela semua penat lelah membuahkan hasil. Alangkah baiknya jika orang tua ku sekarang masih ada, dapat ku kongsi kegembiraan ni bersama. Tapi tidak mengapa, aku akan maju lagi untuk makbulkan permintaan mereka iaitu ingin melihat aku berjaya.


Sepanjang belajar disini pelbagai cabaran dan rintangan yang aku hadapi. Hmmm..Cakap pasal cabaran, rintangan dan suka duka sepanjang belajar ni aku rasa sangat banyak benda nak cerita, yela dengan adanya kawan - kawan aku jadi kuat. Kami kongsi dan hadapi masalah tu sama - sama, tetapi sekarang masa kian melabuh tirai. Semua akan balik kampung masing -masing sedangkan aku masih disini untuk menghadiri khursus. Pastinya aku akan rindu keadaan tu balik, aku takut aku tak kuat untuk hadapi semua ni. Perasaan bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada pilu dan sebagainya. Apapun aku tetap kena hadapi semua ni, aku percaya mereka sentiasa menyokong aku walaupun tiada disini menemai aku. 


" Wahai rakan seperjuangan, ingatlah koranglah semangat bagi aku. tanpa korang aku rasa tak kuat dan tidak bersemangat seperti sekarang. Suka duka kita tempuhi bersama sepanjang 3 tahun sangatlah memberi impak yang kuat bagi aku. Terima Kasih Terima Kasih dan Terima Kasih "


Perjuangan belum selesai, banyak lagi halangan dan cabaran yang perlu aku lalui #TheBlur

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...