Sayang korang!!

Tuesday, March 15, 2011

khasiat


Vitamin E




Hye readers! hari nie aku nak bercerita@merepek sikit tentang kesihatan..mesti korang pelik kan kenapa tetiba je aku citer pasal vitamin nie.. ok rite! weekend yang lepas aku pegi la jogging buat pertama kalinya dalam tahun nie..dah lama x jogging rasa sakit2 je badan aku nie, sampai sekarang pon masih terasa..then skrng nie aku kena plak selsema, rasanya anti-body dah x kuat..so skrng aku buat kajian skit, mintak pertolongan daripada pak cik google ! ok jom kita tengok

    Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Vitamin E juga menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.

Sumber - sumber

    Vitamin E boleh didapati daripada ikan, ayam, kuning telur, minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang (kuaci) , biji-bijian , dan semua bijirin. Selain itu juga, boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ (limpa betol tak erk?) , kacang soya, ubi kentang, dan gandum.


Kamus

Penyakit Kardiovaskular Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit jantung (kardio) dan pembuluh darah (vaskular). Ada tiga bentuk penyakit kardiovaskular, yakni penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vaskular perifer.

Penyakit Katarak - Katarak atau dikenali sebagai katarak mata adalah pengkaburan pada mata yang menyebabkan gangguan penglihatan.


Kanser ProstatKanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki selepas penyakit jantung. Kanser ini merebak dari kelanjar, dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula di dalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan.


Penyakit Alzheimer Alzheimer adalah penyakit otak yang menyebabkan masalah dengan memori, berfikir dan tingkah laku. Gejala ini biasanya berkembang secara perlahan dan lebih buruk dari masa ke masa, dan ia menjadi cukup teruk sehingga mengganggu dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

No comments:

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...