Sayang korang!!

Friday, November 12, 2010

Alhamdulillah [^___^]

“Ya ALLAH aku bersyukur kepadaMU kerana memberikan aku perasaan yang amat gembira ini walaupun sebelum ini telah banyak ujian dan dugaan telah aku lalui, aku redha dan bertawakal kepadaMU. Dan YA ALLAH aku amat bersyukur kepadaMU kerana menganugerahkan aku kawan-kawan yang selalu ada untuk aku tika aku rasa sangat tidak bermaya dan selalu menyokong aku! Amin Ya RabbaAlamin..”



Dugaan, Cobaan n apa lagi?? haha..Semester nie aku rasa paling banyak dugaan dan ujian buat aku, tetapi disebalik ujian itu membuahkan kegembiraan akhirnya..aku amat bersyukur kepada-Mu ya ALLAH.



FINAL EXAM 1hb-9hb

Alkisah, sebelum tiba 1hb iaitu hari isnin datang untuk aku berjuang , hari jumaat tu aku telah diuji dengan “DEMAM!” mmg sakit dan derita sgt2 time tu, aku tido sepanjang hari, malam tu je aku makan beberapa suap tapi itu pun nasib baek kwn aku tolong belikan makanan dan ubat! aku amat berterima kasih sgt2 pada beliau kerana tgokkkan aku malam tu..masa tu keadaan aku,**susah nk terangkan! mmg pening gila, selsema,batuk semua ada lah..nk bangun pun x larat, tika tu paez xda dia balek kg hari khamis (time tu aku x demam lagi), 3 hari aku terlantar kat katil. makan mmg x ah, asyik telan panadol je. perasaan nie mmg perit dan aku risau sgt dah ler x prepare pape pun utk exam. Hari ahad tu aku rasa ok skit, time tu nasib baek paez pun balik ipoh, so aku x riso sgt2 sbb dia ada boleh tolong belikan makanan or ubat ke kan.


FIRST PAPER – INTERNET SERVICES mmg susah la paper nie, aku prepare ala kadar je..ingt lagi aku ckp kat akak aku “akak nie jawab sekadar boleh lulus je” akak aku pon jwb “xpa, jaga kesihatan tu”, time tu akak aku pun risau, lepas dia Tanya “bole jawab ke??” aku rasa susah nk bg jwpn kepada pertanyaan tu, aku pun ckp “dah buat yang termampu” . time tu aku rasa down sgt2, dengan pening kepalanya! mmg tersiksa sgt2 demam time EXAM nie. Then, paper kemudiannya DATABASE ptg hari isnin tu, dan paper OPEN SOURCE OPERATING SYSTEM hari rabu pagi(3hb). Tiba petang tu aku ikut paez balik kg sebab ada gap, NEXT paper 9hb OBJECT ORIENTED PROGRAMMING. time tu pale aku masing pening2 lagi tapi aku gagahkan diri gak ikut dia balik kg sebab xkan aku nk duk kat umah sewa sorang2 lagipun ada masa gap byk.Time kat kg dia tu aku rasa sihat sikit, paez dan keluarga dia banyak bantu aku! AKU AMAT BERTERIMA KASIH SGT2! paez bawak aku pegi klinik, lepas drpd hari tu aku rasa lega sikit.



AKU DIUJI LAGI


:: hari sabtu ptg aku gerak dari kg paez utk balik ipoh plak sebab hari selasa tu ada exam, so niat nk buat prepare utk last paper nie. BUAT yang terbaik! tiba sebelum ptg nak gerak balik ipoh tu, aku tgok kat hp ada miscall drpd akak ipar aku(jarang akak ipar aku nie nk msj aku kalo time camnie) , so aku pelik la macam2 benda bermain dipikiran aku nie tapi aku pk positif je, mana tau dia nk Tanya kabar ke kan. so aku buat x tahu je. Ptg tu aku gerak dari umah paez pkul 5ptg sebab hujan baru berenti! pape pun kami kena balik gak. dalam perjalanan tu(kat HIGHWAY) hujan makin lebat, mmg kami basah kuyup then rehat kat R&R jap tggu ujan pelan skit, then kami teruskan lagi perjalanan. sampai dalam pukul 730! time da gelap tu mmg aku risau sebab jalan dah ler gelap berbukit bukau then lori besar2 lalu tapi nasib baik kami selamat sampai akhirnya.



TIBA-TIBA :: lepas sampai aku rehat kejap(kepala masih pening2 n mmg sejuk giler) then aku mandi sebab takot demam lagi (aku demam pun sebab kena hujan then x mandi), lepas tu aku on FB sebab dah lama x on kan, nk tengok apa citer budak2 kat fb tu semua. TIBA-TIBA aku tgok ada 2 org jiran aku post kat wall aku, dia tulis :


“Salam Takziah.... Drpd Nya kita datang, dan kpda Nya jga kita kembali.....

salam takziah.. atas pemergiaan abg zam ke rahmatullah... semoga rohnye d cucuri rahmat.... al-fatihah..”

hah???? tu nama abg aku!


then lepas tu aku amik tepon n call akak aku! then ckp:


“mat, abg mu xda dah..dia meninggal pagi tadi, dah selamat kebumikan..sekarang nie akak abg mu yang lain tengah otw balik kg, mu exam la jangan risau apa2, hbiskan exam tu dulu then baru balik kg”



time tu aku sentap,aku x tahu nk ckp apa, daripada mood aku nk stadi n nk sihat jadi demam n pening2 balik, aku naik atas katil then berselimut, aku TERMENUNG ja..setitis demi setitis air mata aku mengalir, dalam fikiran aku “ dah ler x dpt nk balik sebab ada exam lagi, nak tengok wajah arwah buat kali terakhir pun aku x sempat” time tu aku rasa mmg DOWN dan sedih yang amat. aku rasa nk stadi tuk exam pun x bermaya! lagi2 lepas last paper nie aku ada EXAM CCENT(exam on9 dari luar) Time tu aku rasa down gila2,bak kata pepatah “jatuh ditimpa tangga”. aku ckp kat mami(aezriyani abu bakar) “mami aku rasa x bersemangat langsung nk amik paper n exam CCENT nie, aku rasa xnak amik” time tu lah mami banyak bagi semangat kat aku, banyak kata2 semangat dia bg kat aku. dia care tentang aku, Sruh aku Minum 100% banyak2 dan siap kongsikan ubat dia dengan aku lagi(sebab dia pun demam gak) dan bg petua tido x payah pakai selimut lah sebab nk bg panas tu keluar (petua turun-temurun katanya). Then, aku ckp kat diri aku “aku ada kwn2 yang bg semangat kat aku! so aku kena teruskan!”


BOOTCAMP

bootcamp ni untuk persediaan exam CCENT tu, AKU,WANI dan PAEZ terlibat..camp tu berjalan 3 hari (ISNIN-RABU) hari pertama aku x pergi sebab x larat sgt2, aku tido je hari tu..paez n wani pegi bootcamp tu, selepas depa balik aku Tanya lah camna best ke x. BootCamp tu ada instructor yang berpengalaman yang ajar cara2 nak jwb exam tu dan apa yang target msuk dlm exam tu, Hari Selasa aku pegi la sesi pagi, petang aku x pergi sebab pening sgt2 time tu, perasaan tu amatlah risau sebab x cover apa2 pun. siap aku ckp lagi kat paez “weh paez Tanya lect, camna kalau aku xnak amik CCENT nie! aku x bermaya n bersemangat langsung” setelah esok aku pergi adalah semangat skit nk amik exam nie, aku ingt kata2 mami “ang jangan wat tensen2, buat relax sudah! “ aku pegang kata2 tu. Selepas selesai 3 hari bootcamp, malam khamis kami bertungkus lumus wat note! bace note sana sini, cari kat internet! so sampai keesokkkan harinya paez pergi exam dulu(group 4) aku group 5. tiba giliran aku, aku masuk ja! time tu pala nie mmg tengah blank cam x blaja pape plak! tapi Alhamdulillah! sebab nasib baek dalam bilik exam tu kami dibenarkan bawak note dan boleh bincang2 dengan org lain (penjga exam ada tapi depa buat x tahu ja, sebab exam nie kan susah so biarkan je kami bincang).


soalan exam tu ada 50 soalan, daripada 1000 point kami kena betul 804 keatas baru dikira LULUS!


time tu mmg aku gugup! tapi nasib baek WANI dan PAEZ duk kat sebelah aku tolong aku ! depa banyak sgt2 tolong aku! kalau yang x tahu tu men TEKAN NEXT2 je, tiba soklan 50 aku takot nk tekan NEXT sebab lepas tu dia akan paparkan point tu! aku terkejut! aku dapat 825 and PASS!! ***aku terkaku kejap! eh nie betul ke? aku lulus! yeay2 ^_______^.


Akhirnya aku rasa amat gembira! wani berkata2 kat aku “ tengok ang lulus! sebab tu aku ckp disebalik dugaan ang dapat ada hikmah disebaliknya!” Tengs wani!



Utusan untuk SAHABAT TERINDAH!

Aezryani Abu Bakar aka MAMI!



:: hmmm, hehe..nie mami! aku nk ucapkan terima kasih sgt2 kat ang mami! banyak bg semangat kat aku! ang da ibarat cam mami betul2 dah, jeles ang dpt balik kg dulu..aku nk balik gak!!



SYAZWANI aka Manusia Hidup!


:: haaa, nie wani! dia nie comel kan?? (aku terpaksa puji ang sebab ang tolong aku! haha) dia nie pendengar aku! pape feeling sedey2 ke aku salu cerita kat dia! semua dia tahu pasal aku, family,kisah idup, camna itu dan ini semua dia tahu ah! aku suka citer ngan dia sebab lepas citer dia akan turut nanges sama2 ngan aku! muwahhahaha! tapi pape pon wani ang mmg yang terbaek!!



MUHAMMAD FAIZ aka Paez!


sapa x kenal dia nie! satu kelas ngan aku! satu umah! satu bilik! dan satu katil!(katil double decker oke!) dan dia merangkap kawan aku sgt rapat! dia la teman segalanya! kemana sahaja mmg aku ngan dia! kami dah ibarat adik-beradik dah! semua cerita dia aku tao dan semua cerita aku dia tao! kami salu kongsi2 pakaian!(aku yang salu pjm pakaian dia!) dan yang penting kami nie satu kepala! mmg best dapat kawan camnie kan, semua layan!! haha, aku nk berterima kasih ka tang paez! time aku demam ang banyak tolong aku! bawak p klinik then ajak aku balik kg ang supaya aku x sorang2 kat umah sewa nie, jaga aku dan sebagainya! aku hargai sgt2.



PRAKTIKAL – SEREMBAN 2


Semester 3 sudah pun berakhir! lepas nie semester 4 akan datang iaitu aku akan pergi praktikal! maknanya nie last aku duk ipoh! lepas setengah tahun akan jumpa kamu semua! pasti rindu mmg gila2 kat korang! korang jaga lah diri baek2 oke! pape kita contact! ingat kita banyak kenangan bersama! rindu nk kumpul ramai2 balik lepas nie! rindu sgt2!!



SAYANG KAMU SEMUA TAO!!

Saturday, October 16, 2010

I hate this so so much!!

hmmmm...aku x tahu kenapa kalau aku nak buat benda baik akhirnya orang akan anggap aku jahat! kenapa?? salah ke aku?? dalam hal aku ini bergantung kepada situasi. tetapi sekarang aku dihimpit oleh dua keadaan.."keadaan" ini memerlukan aku memilih salah satu keputusan sahaja! bagaimana jika kedua-dua keadaan ini amat sukar untuk diputuskan? walaupun apa keputusan aku terpaksa buat juga! terpaksa! keadaan aku sekarang bukan sampai tahap hidup dan mati tetapi keadaan untuk melakukan salah satu pilihan yang amat sukar walaupun apa alasannya. aku bukannya jenis yang "kejam sangat" sampai sanggup tengok kawan aku susah, aku sanggup pecah amanah semata2 untuk memberi "guide" kepada kamu! aku akan tolong kawan2 aku sedaya upayanya! aku sudah beritahu kamu yang "aku perlukan masa untuk membincangkan hal ini" tetapi dalam mencari masa untuk menjelaskan@menolongnya, apa yang aku dapat?? cuma kata2 yang menyakitkan hati, "kamu kata aku bohong", "mungkir janji","ckp yang x serupa bikin" dan yang paling aku sukaaaaaaaa "gaya yg nak kena maki hamun". mula2 aku fikir mmg betul aku tidak tunaikan janji aku itu disbbkan aku terpaksa mendiamkan diri dahulu. tapi kenapa?! kenapa kamu tidak mmberikan aku sedikit ruang pun untuk aku menjelaskan hal ini??


aku nak mintak maaf pada kamu! halalkan segala ilmu2 yang pernah kamu kongsikan. aku xnak benda nie jadi semakin teruk, aku xnak hubungan persahabatan yang kita bina ini jadi sebegini! hidup ini penuh dengan pancaragam, lain orang lain ragamnya so kita terpaksa terima! cuma kita perlu tahu yang kita ini tidak sempurna, kita juga selalu buat salah, mungkin kita tidak tahu yang kita buat selama ini salah, yang cuma kita boleh buat ialah sama-sama memperbetulkan kesalahan itu, aku bukannya untuk suka mengata or judge kamu tetapi ini lumrah hidup. aku amat berterima kasih atas "puji-pujian" mu itu! dan aku amat suka! kamu ingat aku ini manusia yang tiada perasaan ker?? kamu ingat kamu sahaja yang berhak marah mengata sana sini? hoh!!



perlu ka aku buat camnie?? aku rasa x perlu kot

Friday, October 1, 2010

Mengimbau Kenangan Lalu ^^

kenangan lalu amat indah, tika zaman persekolahanku amat banyak kenangan dan saat-saat yang membuatkan aku ingin kembali ke masa dulu. aku rindu korang sgt2!! rindu sgt semasa kita sama-sama,"banyak kenangan manis kamu dan aku.."

1) kenangan dengan kawan-kawan

dulu kan, first time dorang ajak aq kuar nak taw x kat mana??? CC!! ish2..time form2, aku salu lepak cc dengan kawan2, kalo bab mengonline tu bole serahkan kat kawan aq namanya..dy mmg kaki on9, ada satu hari tu selepas hbis exam spm..kteorg (faiz asnanfaris,ipin dan mirul) merancang utk tido kat cc..HAH TIDO KAT CC?? mesti korang pelik kan mcm xde rumah plak kan, tapi mmg kenyataan kami masuk cc tu pkul 8 mlm then sampai pkul 9 pagi..mmg giler kentang kan?? wakkaka!! mmg gile time tu, tapi aq rase masa tu cepat sgt berlalu, kejap pkul 12 then 3 then 7 then 9! aha..kami kurang on9 time tu sbb aku x brape suka on9 myspace(time tu fb xde lagi), kami mmg kaki game..setiap game baru ada, pasti muka kita org jek yang main..paling best RAGNAROK n DOTA ah! hehe, tapi skrang aku dan xde masa nak main game lagi-lagi dengan keadaan laptop aku neh SKRIN ROSAK! nak tgok movie pon separuh je, betol2 buat aku saket hati kan? satu lagi setiap hari rabu lepas balek sekolah kami selalu tgok wayang kat GSC! kan rabu so murah jek RM5, kami mmg kaki wayang kat situ..lepak2 cam biase bt keje x ada pekdah! wakkaka!! **i miss that moment lol!

2) KAU lah tempatku mengadu

hehe, aq ada sorang nie dak kelas aq..tiap2 kali aku sedeh or gembira aku bagitaw dy..kami selalu kongsi cerita, walopun x byk kenangan kenangan manis dengan dy tapi aq rasa lega jika dpt bercerita dengan dy tntang masalah aku..hari tu hanya sekeping kertas dan sebatang pen sahaja yang menjadi temanku dekat umah, tetapi budak tu (Elya) merubah segalanya..start daripada itu, aku selalu bercerita dengannya..malah dy pon selalu bgtaw kisah2 nya..walopun kami sgt rapat tapi tiada rase "CINTA" dihati.."pape pon aku nak berterima kasih sgt kat ko ELYA! best friend forever ok!" sekarang walopun jauh tapi "dekat dihati!" (cam tv9 plak kan) ;D

3) 3 jejaka tott dlm kelas!

aha! korang nk taw x?? kelas aq form 4-5, kami hanya ada 3 org lelaki melayu, 5 org pompuan melayu then selebihnya cina n india..majoriti di pegang oleh kaum cina! mmg memekak skit lah kelas aku tuh,paham2 jela cina kan..kalo bab ckp kuat tu serah kat dorang, mmg hanjeng betol! **Opps. Nak diceritakan aku,Hafiz n Amirul nie kalo pegi mana2 mmg kami bertiga je..

Hafiz :: dia nie cam lurus bendul sikit,macam budak2 sikit sebab dia anak kedua then parent dia mmg salu beri perhatian kat dia je, so semua bergantung dengan parent dy. kalo nk pegi mana dengan family, kalo x pegi mana2 duk rumah je..conclusionnya dia nie mmg jenis x sosial langsung! bagus ke?? tapi susah gak,kenapa?? haa nie ada satu story.. ari tu aku ajak Hafiz nie keluar p shopping mall, aku rasa pelik jika tgok dia..gelagat dia, cara dia tgok org..semuanya! macam x penah buat benda tu semua sebelom ni..ish2, susahkan...??

Amirul :: wakkakaka! kalo aku teringat pasal dy nie mmg pelik n nak gelak je, dia nie suka buat benda org yang x buat, suka carot gak kadang2 then suka bising dalam kelas! **jenis sgt sosial lebeh pada aku lagi...dy tinggi sikit, rambut pacak then dengan muka selambanya..kalo first time org tengok dia mesti cakap pelik..tapi aku rasa disebalik kepelikkan dia tu aku nampak "caringnya", "lovingnya" aha!..kami byk gak luangkan masa bersama.. kemana saja kami mmg bertiga!

Conclusionnya :: warghh!! aku rindu sangat2 korang! dah lama aq x pegi BATU PAHAT! last aku pergi time amik result spm tahun 2008 kot! aku harap nanti aku ada masa nak pegi sana, MISS THEM CRAZY MUCH!!

Monday, August 30, 2010

Thanks! ;D

Wahh aq da TUA! hehe..selamat datang 19! "selamat tinggal 18" papai! ;D ,waktu demi waktu kita makin tua, itu memang lumrah hidup so kita kena terima! so lepas nie pemikiran perlulah semakin matang! n lepas nie hidup akan makin mencabar! wish me gud luck oke! ^^.. btw thanks pade sape yg da wish! hampir 80+ da wish kat fb! time kaceh sgt2!! syg korang!hehe.. mmg ku akui tahun nie lain drpd yg lain, tidak pernah aq di ucap dengan sebegini, so amat rasa terharu! hehe..siyesly aq x penah celebrate besday! tapi taun nie walopun x celebrate sgt tapi aku rasa sgt2 bahgia! hehe..trimas2!!




SO dengan hari baru, tahun baru dan azam baru nie harap2 aku dpt aq ketemukan sinar
kebahgiaan dlm hidup! hehe..

azam n harapan 19 tahun!
:: aq nk blajar bersungguh2~~ harap2 pointer makin naik!
:: bergembira disamping kwn2 tersyg dan semoga kwn2 akan ada untuk ku selamanya!

syg korang!



kehendak!
:: blackberry **jika belom di band
:: baiki skrin laptop
:: nak beli moto! so lepas nie senang aq nak g kelas!
:: nk kumpul aksesori! *aksesori ape2 je

Friday, August 27, 2010

Selamat Hari Lahir!

tanggal 27/8 :: "selamat Hari Lahir syg!"
walopun awak bukan milikku lagi tapi tetap aq nk ucap! semoga berbahgia disamping org tersyg dan dpt menjalani hidup seperti biase walopun kita x bersama lagi..maafkan aq jika selama nie byk melukakan hatimu, itu bukan sengaja semata2 tapi ada sbb disebaliknya..aq tidak mahu lagi awak tersiksa!

"aq terpaksa menjadi selfish!"
"terpaksa menahan perasaan nie!
"
"terpaksa utk mengatakan TIDAK!"

"tapi syg jgn lupa kenangan kita bersama,memori itu masih kemas tersemat dihati ku syg.."

selamat hari lahir! ;D

Sunday, August 22, 2010

Wajah mu tetap ku ingati

sudah 12 hari kita berpuasa...puasa tahun nie aq rasa makin sunyi, lagi sunyi! :(, kalo tahun lepas2 akak aq ada duk kat rumah mak aq tuh tapi start taun nie dy da pindah ke kuantan..akak aq ada msj, dy ckp "mat(name manja kuarga aq pnggil) tahun nie akak x balek raya, coz abg x dpt cuti" aq dgn sentapnya x tahu nk ckp apa..mmg sedey, kalo dulu ade je org siapkan mskkan tuk berbuka, tapi tahun demi tahun semua tu da berbubah..smpai sekarang cuma abg aq je ade kat kg tu, so ibarat aq duk kat kg tu cam kat rumah sewa nie gak! kena beli sendri..mmg la adek bradek aq yg len ade kat situ, tapi semua da ade umah sendri, duduk asing2..ape yg aq terkilan sgt da x dpt nk berbuka ramai2 cam dulu lagi..rindu sgt2~ nak buat camne, ini lah nasib diri yg melanda..

sesekali tu an, aq terpk gak tgok kwn2 aq yg len..suka gembira berbuka ngan keluarga, berRAYA ngan mak ayah..pg2 raya ciom tgn mak ayah, sedangkan aq nie da 6 tahun x dpt..kalo dulu, time mlm raya aq tolong mak wat persiapan raya, kemas rumah, wat hidangan tuk esok, then pg tu mak kejutkan..pastu g semayang raya, balek je tgok mak ayah da siap,salam2 ngan dorang...lepas tu g beraya umah jiran ramai2, huhu..tapi skrng da berubah..mlm raya yg sunyi tu aq jadikan masa untuk tangisan,jatuh air mata aq berlinangan seperti air hujan..time tu aq nangis puas2,sbb aq rasa dengan cara tu bole buatkan aq rasa tenang sgt2! aq da x de sape2 skrng,cuma kwn2 aq je yg ada yg boleh gembirakan aq..semua adek bradek da ade keluarga sendri,..pg raya tu plak, biasanya penuh je org kat rumah, tapi skrng da x! balek je semayang raya tgok umah xde sape2..masa tu buatkan aq lagi nk menangis, tapi apa nak buat, aq cuba elak dr perkara tu berlaku..pegi umah kwn2, tapi ttap gak hati aq nie rasa sebak n lemah sgt2..nak bt camne, aq terpksa buat gembira, name pon hari bahgia..so biasa lepas semayang raya aq pegi ziarah kubur mak ayah, bacekan surah utk mereka..hmm, aq x harapkan apa tapi cuma mahukan semua tu kembali lagi, tapi apakan daya..bukan kuasa kita~**sorry aq x dpt teruskan taip nie..sebak~

MOGA2 roh mereka ditempatkan dikalangan org beriman
~AMIN...

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Di hari bahagia hari raya

**lagu nie bermakna sgt~

Sunday, July 25, 2010

Wonderful Feeling

yeay2!! aq rase bahgia sgt weekend nie, walopun x pegi mane tapi aq rase senang coz keje semua boleh settle!! hahak! mula2 hari sabtu aq tido sepuas2nye, bangun dlm kul 230, hahak!! best wooo~ xdek org kaco..umah pon sunyi,kahkahakah!


then da lepas mandi aq kemas bilik, basuh baju n on9!! wakakka! amik mood sket nak bt keje pastu..tapi terleka plak sampai aq sambung tgok movie anime bleach plak smpai kul 6.30! hahak! skrng nie baru jek chapter 36 aq tgok(ulang dari mula) lagi 200++ chapter aq kena hbiskan neh, struggle!! wakakakaka! an bagus kalo aq stady camnie tapi xPON...hehe,


lepas tu aq mandi n cari bahan utk asement, jmpe la skit tapi aq dpt terus copy jek malas nak edit time tuh coz pale aq da "BENGONG", haha...lepas tu lepak2 kat bilik kwn aq jap smpai la mlm..wakakka!! ckp kejap je an, ahha..tu la tabiat aq, weee~


dlm kul 9, aq kuar ngan kwn aq..lepak2 minum, x rasa plak nk mkn nasi..aq mkn ringan2 jek, SATE!!!!! ahhak! sedap woooooo (tmbah plak ade hakak nie hapdate status mkn sate,so aq terus mengidam!) nasi baik aq dpt gak mkn, kalo x kempunan lah! haha ,SEMALAM pecah rekod aq x jumpe nasi, petang mkn roti, mlm roti+sate!! bkn ape.. jaga badan, tapi terpaksa mkn sate walopun berminyak..kalo x kempunan den~


da bosan terus balek umah, ++mate aq da x larat nak bukak! haha..then aq tido sepuas2nye sampai la skrng baru bangun..somewhere around 10.45am, MONING2!!! wakakaka!!
walopun asement x siap lagi tapi aq rasa hepi coz dpt luangkan masa dengan sebetolnye minggu nie! xde la cam minggu lepas2 asyik jln je, ponat2!! haha..
k lah Uooolllss(cam trademark kak senduk plak,hahak!)
see yea! wink2!! ^^

Saturday, July 17, 2010

Hangout Again!!

ari neh ntah hape jadi gile nak kuar lagi..da berminggu-minggu aq kuar, kadang2 bosan gak coz xde rehat langsung! byk keje kat umah tu tersadai! haish! hari neh aq kuar ngan dak2 kelas "sebelah", wakakka!! jiran tetangga..

mula2 rase cam bosan coz aq sorang jek laki, wakkka!! ingtkan nak 'date bedua' je tapi ade plak yg join, aq ON je..best gak lah layan pale dak2 nie, pale gile2,hbis rosak iman aq..wakaka!!

mula2 smpai jek pegi amik tiket wayang, mula2 nak tgok citer twilight! tapi da smpai tu semua FULL! adoih! terpaksa lah tukar second option, citer INCEPTION! wowowowowo, best gak! citer tu umpama kita tido,"mimpi dlm mimpi" best2!! byk main grafik! mmg gempak! tapi mula2 tu aq sempat "terlelap" jap sbb lame sgt tggu wyg tu, bygkan kte org smpai pkul 1, wyg pukul 5.45! saket hati aq tggu..

copy on link bellow : INCEPTION
http://www.youtube.com/watch?v=66TuSJo4dZM

dlm mase tuh kami pegi shopping! ikot dak pompuan neh! dekat 2jam..agak bosan la, boleh berbulu ketiak aq neh! wakkaka! so aq blah bedua ngan kwn aq neh pegi masok jusco, beli "SHUSHI" wahh sedap!! da lame aq xdpt makan..then, pegi cari balek dorang tu n pegi MCD lepak sane..tapi semak skit la, ramai betol manusia2 kat sane! hahak! tapi bestnye dak2 neh wat MCD tu cam "rumah" dorang..suke hati je nak memekak! dah ler ramai giler org kat situ..

tiba jek time tgok wyg kami beredar lah kesana, hbis tu aq pegi tapaw "BIG APPLE!" dah lame xmkn..hahak! enjoy la ari neh, tapi penat sesgt ++duit mengalir cam air! wakakakkaka!! ;D

*sorry xde pic, malas nak snap! haha

Friday, July 16, 2010

Dasar budak x sedo diri!

wargh!! bengang neh!(aq x hbis2 dgn kebengangan) story nye camnie, aq geram ngan sorang dak umah aq neh! dy nie dak sem1, hari tu an area umah kami di landa banjir! wah giler! hbis air msok umah, takat buku lali gak! so jadi lah aq cam org x tentu arah angkut2 barang!



wakakka!! cam dalam je banjir kat umah aq nie an, tapi gayanye camnie lah, angkat sane sini.

time ngan kalot2 angkat barang, aq tlong budak A(budak sem1 tu) kemas bilik dy terjatuh la hp dy n then msok air rosak terus! so aq diam jek la an, nak buat camner..then dy suruh aq kejutkan dy pagi esok sbb hp dy rosak an so alarm xley nak "pasang", aq pon takot x bangun awal so aq kasi pinjam ALARM CLOCK yang kami baru beli n x penah pakai lagi!

aq da lupe camne warna n bentuk jam tu, dah x guna lagi..haish!!

keesokkan harinye..


time aq nak pegi kelas dy ade lah merungut ckp hp dy rosak n then time tu dy ade hal urgent nak guna hp nak call sedara dia ajak p bank, so aq dengan kasiannye kasi pinjam hp aq yg satu lagi NOKIA 3100 (niat nak membantu org kesusahan). aq nie bukan kejam sgt smpai xnak tolong org, ape yg boleh aq tolong insyaALLAH aq tolong..habis citer tu,


: miss my fon lol! walopun murah tapi penuh dengan kenangan :


beberapa minggu kemudian:

aq tanye lah dy lagi:
aq :hp dah ok ke?
A : x lagi, baru hari minggu nie nak pegi beli baru coz kalo baiki x berbaloi..
aq : ouhh..oke! (aq just nak gtaw yg aq nk pakai hp tu)

aq pon buat biase jek lah..tggu je dy pulangkan balek hp n ALARM CLOCK tu,

tiba satu saat nie!

aq ade kuar mkn ngan A n ngan dak2 umah yang lain, aq tgk hp NOKIA 3100 aq tu da "separuh bogel!!", cover n keypad yg depan da hilang! so aq pon mmg la marah n bengang je tapi aq xde lah nak tunjuk kemarahan aq tu. so aq senyum jek lah! buat2 tnye nape dengan hp aq tuh..dy jwb " tercabut lah", wah!!! bangang Babi betol lah! aq pakai oke je, xde pon terbogel sane sini! haishhhh!!!



+ape yang mampu aq buat just tggu jek, aq xnak lah cari gaduh nie+

Thursday, July 15, 2010

Forgive me,I had to let you go!

sesungguhnya aku amat SAYANG dia!
sesungguhnya aku amat RINDU dia!
sesungguhnya aku amat PERHATIAN padanya!

namun..

semuanya telah berubah..
tiada lagi kata2 indah,
tiada lagi kasih sayang,
tiada lagi tempatku menagih kasih,

dan itu..

"aku tahu dan aku terima seadanya takdir, yg kita tidak dijodohkan bersama.."


ingatlah ketika kita belajar bersama,
ingatlah ketika kita berkongsi cerita bersama2,
"tika duka dan gembira"
itulah saat paling indah bagi kita,

"maafkan aku syg....!"

aku terpaksa melepaskan mu,
agar hidupmu lebih bahgia,
agar kamu tidak tersiksa dengan keadaan ini,
aku harap kamu memahami keadaan ku,

i'm sorry~~~

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...