Sayang korang!!

Sunday, June 3, 2012

Kenangan Terindah.




Tanggal 1 Jun 2012, 0930 PM. Majlis Perpisahan atau "farewell" kami  telah diadakan setelah 3 tahun mengharungi saat gentir, sempit dan suka dan duka bersama.




.
.
.
.
.
.
.
.



Tiba - tiba Majlis ni bertukar apabila satu balang tepung dibaling ke kepala aku. 


iaitu Birthday aku dan nurul *walaupun bday aku lambat lagi tetapi kerana tak dapat sambut pada 29/8 ni tapi mereka buat jugak!* 






Kad ucapan dari mereka ;')




Kali pertama birthday aku disambut seperti ni. Sukar untuk diceritakan dengan kata - kata. ;') 

.
.
.
.
.
.
.
.

2 Jun, Mami buat video 'kami' iaitu video gambar yang mengisahkan dari permulaan perkenalan kami hingga sekarang yang berlatar belakangkan lagu Peterpan - Semua Tentang Kita  ;')



Pada Jam 0155 Pagi dapat mesej dari faiz. *blur*

.
.
.
.
.
.
.


Lantas air mata aku mengalir *terharu*



Kad Ucapan dari faiz 



"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana dikurniakan sahabat yang baik ini. Engkau jagalah mereka disaat kami tidak bersama, permudahkan segala urusan mereka, tabahkan hati mereka disaat gentir, berilah mereka petunjuk disaat sempit dan limpahkanlah mereka dengan kurniaanMu Ya Allah, Sesungguhnya mereka sahabat yang aku sangat sayangi Ya Allah "


 -AMIN















Akhir Kata

.
.
.
.
.
.
.
.
.




"Kenangan kita akan tetap tersemat dijiwa"




p / s : Untuk lagi menyentuh hati sila mainkan lagu Peterpan - Semua Tentang Kita semasa baca post ni . ^___^


Thursday, May 24, 2012

Perasaan yang bercampur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, korang sihat? Dah lama tak update blog, maklumlah semester yang terakhir ni sangat menyibukkan. So  sekarang masa tu ada sikit even masih lagi ada khursus yang perlu hadir. Alhamdulillah aku telah berjaya tamatkan pengajian di politeknik selama 3 tahun disini dan bakal menjadi graduan pada Mei tahun hadapan *InsyaAllah*. Perasaan bersyukur dan gembira amat jelas terpancar di wajah aku ni, yela semua penat lelah membuahkan hasil. Alangkah baiknya jika orang tua ku sekarang masih ada, dapat ku kongsi kegembiraan ni bersama. Tapi tidak mengapa, aku akan maju lagi untuk makbulkan permintaan mereka iaitu ingin melihat aku berjaya.


Sepanjang belajar disini pelbagai cabaran dan rintangan yang aku hadapi. Hmmm..Cakap pasal cabaran, rintangan dan suka duka sepanjang belajar ni aku rasa sangat banyak benda nak cerita, yela dengan adanya kawan - kawan aku jadi kuat. Kami kongsi dan hadapi masalah tu sama - sama, tetapi sekarang masa kian melabuh tirai. Semua akan balik kampung masing -masing sedangkan aku masih disini untuk menghadiri khursus. Pastinya aku akan rindu keadaan tu balik, aku takut aku tak kuat untuk hadapi semua ni. Perasaan bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada pilu dan sebagainya. Apapun aku tetap kena hadapi semua ni, aku percaya mereka sentiasa menyokong aku walaupun tiada disini menemai aku. 


" Wahai rakan seperjuangan, ingatlah koranglah semangat bagi aku. tanpa korang aku rasa tak kuat dan tidak bersemangat seperti sekarang. Suka duka kita tempuhi bersama sepanjang 3 tahun sangatlah memberi impak yang kuat bagi aku. Terima Kasih Terima Kasih dan Terima Kasih "


Perjuangan belum selesai, banyak lagi halangan dan cabaran yang perlu aku lalui #TheBlur

Sunday, January 15, 2012

Hai Hai Hai

Assalamualaikum wbt.

Hey guys! Haha sorry dah lama tak menjenguk blogspot ni. Ekeke, bukan apa sibuk sikit tambahan lagi jari ni macam malas nak taip panjang2. Sekarang banyak blog walking aje, baje2 je senang toksah nak taip! senang kan? Okay lah. First the first time aku dah ada TUMBLR. LOLOL. Korang ada? Jom la share2. TUMBLR bagi aku lebih simple berbanding blogspot ni. Sesuai dengan keadaan aku sekarang yang agak pemalas ni, tambahan pula dengan keje yang belambak yang nak kena fokus. Maklumlah final semester dah, InsyaAllah bulan 5 ni habis lah. ;). 


Okay lah. Got to go. Bye


p/s: Nanti free jenguk lah yer
http://muhddotazly.tumblr.com/

Thursday, November 24, 2011

Jom kita bercuti! yeay


Assalamualaikum wbt...

Selamat Pagi semua!! korang dah breakfast? okay bagus! 

Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang apa yang berlaku dua tiga hari. Semester 5 sudah melabuhkan tirai dan SELAMAT DATANG CUTI SEMESTER! yeay! Habis sudah jangka hayat semester ni, tunggu semester depan pulak.. Woahh! nanti dah masuk semester 6! Gila lah, mesti lagi pening dari semester 5..Cukup2 lah rasa terseksa semasa semester 5 ni. Hmm tidak mengapa sabar jela. aku kena kuat! kengkawan aku kan ada. boleh tempuhi bersama. kan? Okay lah kat bawah ni cerita aku :


korang ingat pakai PC tak gempak? *ayat cover* bhahaha!



1 :: Laptop Oh Laptop!

Aku sudah mintak idea dan pandangan orang ramai dan aku buat keputusan tak nak repair laptop aku tuh sebab kalau baiki pun nanti dia akan jadi balik. Huhh kesian kat kau lappy! *Jasamu Dikenang!* dan aku buat pilihan nak beli PC (Personal Computer) Mesti korang pelik kan? yela pc ni memang susah nak bawak kemana tapi kalau aku abaikan pasal boleh bawa ke mana-mana aku tekankan tentang kepuasan dan ketahanan itu sendiri. PC ni memang tahan, kalau beli yang low spect pon nanti boleh upgrade, ye dak? kalau laptop tak boleh upgrade mana. cuba boleh tambah Harddisk dengan Ram jela. kan? Aku sekarang ni cuma nak cari CPU, Monitor dah ada kawan aku nak bagi *baik sungguh dia, Waaahhh!* Kalau korang tahu kat mana2 ada jual CPU yang murah bagitahu la eh?


2 :: Berkelah di Taman Polo

Ini terjadi pada hari selasa lepas, mula2 aku suruh mami masak je sebab aku malas nak masak. aku nak bagi la barang basah yang ada dalam peti dan nanti dah siap masak makan kat rumah. Tapi lain pulak yang jadi, dorang ni boleh pulak berkelah bagai! dalam fikiran aku memang tak da langsung terlintas nak berkelah, yela kan esok paper last. mana satu hape aku tak study lagi. wakaka! Last2 berjaya gak, dorang sanggup berjalan kaki dari rumah sewa dan pegi padang polo. jaraknya dalam 3 kilometer macam tu tapi dorang ni gegeh!! hahah cayalah! Menunya Sup Ayam, Sayur Campur ( Mami masak ), Sambal ikan bilis (Nurul yang masak) dan Nasi (wani yang masak *nasi ang memang paling sedap!*) Jom tengok gamba gedik dorang ni. wakkaka!




aksi gedik2 mereka. Mesti lepas ni aku rindu!


Okay lah sampai disini sahaja entry kali ni. aku dah siap2 nak tinggalkan ipoh ni. Jaga diri baik2 yer kengkawan, jumpa semester depan! Papai!

Monday, November 21, 2011

Compact CQ-40

Assalamualaikum semua!

Hmm hari ni nak luahkan sedikit tentang perasaan yang melanda diriku ini. Hidup jadi tidak keruan, tekanan perasaan, stress! warghh!

Laptop Aku Rosak lagi!!

dulu dah rosak skrin, tapi okay lah dah baiki. Sekarang motherboard pulak rosak. korang tahu jela kalau dah rosak motherboard ni baik tukar laptop baru je. Aku tanya la budak2 yang pakai laptop jenis yang sama. dia pun cakap mengalami masalah yang sama. walaupun dah tukar tetapi selepas 6 bulan atau beberapa bulan akan rosak lagi.. ada yang cakap sampai dia tukar motherboard 3 kali tapi tetap jadi macam tu. aku tak tahu dah nak buat macam mana. sama  ada nak tukar dan mengalami masalah yang sama akan datang atau tukar laptop baru terus. Kalau nak beli baru tu memang boleh tapi perbelanjaan aku tahun depan akan berkurang sedikit, dah la nak guna duit untuk Final Project lagi. jadi bagaimana? Keputusan mana yang patut aku buat? aku masih berfikir. nak cuba anta kat centr HP dan tanya okay tak kalau tukar motherboard baru. kalau tak terpaksa beli baru.

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Wani!





Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Wani!
Happy birthdayyyy toooo youuuuu...!! 
*ala2 vokal jaclyn victor*

Selamat Hari Tua Wani!

Ucapan: 
---> Semoga kamu diberikan kekuatan untuk menjalani hari - hari mendatang.
---> Semoga diberikan kelancaran dan kemudahan setiap apa yang di lakukan.
---> Semoga berbahgia dengan A*** dan di murahkan rezeki!
---> Sila gemukkan diri anda sedikit. Kurus macam cicak ang ni. *take note*


Kami gembira dapat kawan macam anda! Terima Kasih! ٩(●̮̮̃•)۶






Nota : 17/11/2011,0812 Malam, Kediaman Taman Cempaka.

Monday, October 10, 2011

Tragedi 10 Oktober



Pada pukul 0715 berlakunya kemalangan di Highway Bukit Gantang, Selepas mesej dua orang aku terus simpan ke dalam beg tanpa menghiraukan kemana baby aku diselit, yang aku nampak dia berlari-lari anak dari tangan aku dan terjatuh di atas jalan raya yang rata dan bergolek-golek di lane tengah highway. Aku panik dan terus berundur dan melihat dia dari jauh, dalam beberapa minit menunggu ketiadaan kenderaan, ada sebuah toyota Alpard melalui jalan itu dan terus digilisnya. *sambil dua belah tangan kat kepala* Ohmai!!!




Muka Belakang


Muka Hadapan


Macam mana? sadis tak? ishh, hanya sim card je boleh di selamatkan. Memory card aku tak tahu kemana dia lari. Wuhuu hp nie banyak kot berjasa kat aku, beli time form 5 dulu. gegeh aku kumpul duit semata2 nak beli hp yang canggih nie time tu. Nak buat camna kan dah ajal dia pegi dulu, mungkin dia dah tua nak berkhidmat untuk aku, kan? haaa atau mungkin ada peganti yang lebih baik? *wah mata terbeliak* haha. papepon selamat jalan kenangan!


Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday !





Happy Birthday to You.

Happy Birthday to You,
Happy Birthday to Dear,
Happy Birthday to You



Sincerely,

From good friends and true,
From old friends and new,
May good luck go with you,
And happiness too.




Don't to forget to watch this! ;D




" I hope after this will give you a thousand of luck, given a good health and the important thing is may Allah bless you ! Last but not least Senyum Sokmo eh? "

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan kembali lagi



Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi!





" Ya Allah aku bersyukur kerana dapat lagi berjumpa ramadhan kali ini, Ya Allah berilah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelomnya, kuatkan lah iman ku pada bulan yang berkat ini ~ Amin"


Alhamdulillah hari puasa pertama sudah pun berlalu, dan ia amat mencabar jiwa. di sini aku nak share sikit pasal hari pertama nie, semalam aku bangun sahur pukul 5.15 pagi, terus bangun pergi basuh muka then kejutkan paez ajak kuar pegi beli makanan sahur, bangun tak payah pakai pakai alarm sebab budak2 kat area umah nie dah terpekik kejutkan kteorg! haha, semak ja "Sahur sahur sahur" dah macam duk hostel lak..ok balik pada cerita tadi, aku pon amik kunci moto, bukak lock rim, pastu nak bukak plak lock kat moto, aku geram!! tak boleh2 nak bukak, hampir 20 minit aku buang masa kat moto tu , sakit jiwa kot! pastu aku panggil paez suruh dia bukak, tapi aku tak puas hati lagi..bukak2 bole lak! haha


Rupanya aku silap masuk lubang kunci, hahah! bengong kot, patot la aku bukak tak dapat2, mamai punya pasal! 

 Hampeh berok nie ckp!



Selesai bahagian tadi, yang satu lagi aku rasa kurang bernasib baik, hari pertama puasa dapat makan "roti john dengan tea o laici ja" , gerak ke bazar dah awal tapi time tu memang sesak gila, skali pusing memang tak dapat tgk juadah langsung, kali kedua pusing kurang orang ramai kat situ tapi masalahnya makanan pon lesap! habis camtu ja, so ape lagi xda pilihan. beli jelah apa yang ada, jadi hari pertama puasa nie makan ala kadar je.

malam pukul 10 lepas habis terawih kami cari lagi makanan! pusing satu town, kat dataran satu kedai je bukak tu pon ramai, jadi cari yang lain..pegi area simpang pulai, satu kedai pon tak bukak! memang sakit jiwa time tu, last2 pegi kat Mamak ehsan tapi ramai gak, aku duk kat situ lama2 tapi mamak kat situ macam tak nampak je aku, jadi kteorg blah! huhh, sakit hati betol..jadi kami buat keputusan cari lagi kedai..last2 dapat la kedai makan yang tercorot sikit. tapi ok lah nasib baik makanan kat situ sedap sesuai dengan harga, akhirnya kenyang! hehe, Alhamdulillah ;D


Esok hari kedua berpuasa, semoga hari esok lebih baik! hehe, ok lah aku nak tido, esok nak bangun sahur lah, ok lah..Bye

Friday, July 1, 2011

hari terakhir



I will miss this moment !



heyy guys! apa kabar? sihat kah? ok bagus lah, dah lama tak update blog nie..bkan apa just tak berkesempatan dan takda masa, hehe..ok hari nie aku just nak bercerita yang hari nie last aku kerja kat sini dan berada di seremban nie. dah setengah tahun aku kat sini, ada suka dan duka yang banyak berlaku tapi yang penting aku seronok dapat praktikal kat sini..riuh rendah jaa suasana, hahahah!

Ahad nie aku dah gerak pegi taiping umah paez kejap then hari selasa baru bertolah ke ipoh masuk rumah sewa! wahahah mintak2 villa tu lengkap dengan semua perabut - perabut..tak best la tido atas tilam tanpa katil, bukan nak demand tapi hehehe...^___^ **sendiri mau ingat**

peh balik nie nak siapkan report **last step**, petang nie basuh baju then malam lak packing barang..pagi esok packing barang lagi, petang kuar cari seluar dan baju, wahh wahh macam first semester je macam2 nak kena beli..yela sekarang undang - undang poli dah ketat, sluar "slack jeans" dah tak bole pakai (tapi kalau line clear aku pakai je) haha..hah satu lagi alatan tulis tak prepare pape lagi..hampeh semua dah hilang! =.="

ok lah semua aku rasa tu je kot nak update pasal aku sekarang nie, hari nie half-day sebab petang nie ada keje skit nak siapkan..ok guys sampai berjumpa lagi!!

+ mesti rindu kat staf2 instrak, dorang neh spoting bole bawak bergurau...riuh rendah ofis!
+ rindu nak makan sedap - sedap, pasti lepas nie tiap2 hari makan nasi goreng -goreng jaaa
+ lepas nie dah tak boleh tido bangun lewat sebab tiap - tiap pagi ada kelas =.="
+ lepas nie kena blaja betul2, xkan aku persiakan 2 semester yang lagi tinggal..pulun2 weh!


hah tu jela, ok bye!

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...