Sayang korang!!

Friday, March 25, 2011

warghhh!!

Selamat Menyambut Minggu Sibuk Sedunia !!!

Happy friday uolls! fuhh lega rasanya hari nie dah hari jumaat! lega skit esok dah boleh rehat2, minggu nie kan minggu yang paling teruk sepanjang aku praktikal kat sini..tao x tiap2 malam aku keje lebih masa!!!! haishh..mesti korang pelik kan kenapa sebelom nie aku rilax je tapi skrng dah jadi lain..haha! btw aku dah masuk team MPS iaitu team maintanance and develop 8 website Majlis Daerah Negeri Sembilan neh..so start drpd hari isnin lepas aku diajarlah buat keje2 nie..pandai lah sikit2,hehehe..

Tapi kan, korang tahu tak disebabkan aku keje selalu balik lambat dan tanda kuatnya aku keje..time aku dah kat umah, aku rasa terdengar lagi radio, dengar lagu apentah..sampai camtuh skali tao x!!! peka telinga aku neh, padahal kat umah tu semua dah tido, xdo nya sape2 nk pasang radio..lagi satu umah aku mane ada radio!!!! wakakkaka!! k lah korang aku nak sambung buat keje yang tak tahu bila siap neh..silap2 hari sabtu aku kena keje gak! haishh...bye2!!

Tuesday, March 15, 2011

khasiat


Vitamin E




Hye readers! hari nie aku nak bercerita@merepek sikit tentang kesihatan..mesti korang pelik kan kenapa tetiba je aku citer pasal vitamin nie.. ok rite! weekend yang lepas aku pegi la jogging buat pertama kalinya dalam tahun nie..dah lama x jogging rasa sakit2 je badan aku nie, sampai sekarang pon masih terasa..then skrng nie aku kena plak selsema, rasanya anti-body dah x kuat..so skrng aku buat kajian skit, mintak pertolongan daripada pak cik google ! ok jom kita tengok

    Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Vitamin E juga menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.

Sumber - sumber

    Vitamin E boleh didapati daripada ikan, ayam, kuning telur, minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang (kuaci) , biji-bijian , dan semua bijirin. Selain itu juga, boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ (limpa betol tak erk?) , kacang soya, ubi kentang, dan gandum.


Kamus

Penyakit Kardiovaskular Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit jantung (kardio) dan pembuluh darah (vaskular). Ada tiga bentuk penyakit kardiovaskular, yakni penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vaskular perifer.

Penyakit Katarak - Katarak atau dikenali sebagai katarak mata adalah pengkaburan pada mata yang menyebabkan gangguan penglihatan.


Kanser ProstatKanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki selepas penyakit jantung. Kanser ini merebak dari kelanjar, dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula di dalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan.


Penyakit Alzheimer Alzheimer adalah penyakit otak yang menyebabkan masalah dengan memori, berfikir dan tingkah laku. Gejala ini biasanya berkembang secara perlahan dan lebih buruk dari masa ke masa, dan ia menjadi cukup teruk sehingga mengganggu dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

Monday, March 14, 2011

jeng jeng jeng



I Wish I can have it! Please please please

~ aku puja dewa kayangan mane pon rasa susah nak dapat neh! haha ~

Well korang tahu x apa yang aku idamkan? haaaaaaa, tu dia..meh aku habaq kat ampa ! **eh pasaipa loghat utara plak neh..sorry2, hehe..sekarang nie dunia dah maju, zaman dah maju..terlalu maju ! maksiat sana sini sbb tuh turunnya bencana seperti gempa bumi,gunung berapi meletop dan yang terbaru nie kejadian TSUNAMI yang melanda JEPUN! SubhanAllah azabnya..tu baru sedikit Tuhan nak tunjuk ~ So papepon kita cuma dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka2 di sana ~ AMIN



mashaAllah ~ memang x sempat nak lari

hbis rumah dimakan Tsunami 

hah bila jari nie dah mula menari2 mula lah nak merepek aku neh..aha! jom balik citer tadi..sekarang dalam paleotok(teringat plak kat mami) aku neh nak kan benda bawah neh..aku x tahu la bila agaknya aku dapat, sape lah nk bg kat aku kan?? kalo setakat gula2 sebiji 2 posen tu bole la kan?? haaaaaa kalo camtu aku nak kumpul duit banyak2 la nak beli semua benda yang aku nak kat bawah neh..

Jom Tengokk.........!!



aku lebih suka kepada iPhone ~ aku nk try!


ipad!!!!!!!!! dpt nie satu kg aku pusing


dpt dlsr hbis la korang semua! nak p tandas pon aku amik! haha


weng3 ~ meriah kalo dapat neh..


"weh ko tuh dah ler student lagi! mampu ke nak beli hah?? jgn la lupa diri, nak blanja untuk diri pon susah nie kan nak beli semua benda nie "

~ hello brader! aku bukan nk beli skrng neh keh?!! aku nak keje! kukuhkan kewangan dulu baru beli! yang penting USAHA USAHA USAHA !!!

wadehell





1) eh ko nie menyebuk betul la, ape ko nak hah?
---> hehe


2) hah ko nk tahu ape? nie camnie nie camnie, hah ko nampak ke x?
---> hehe


3) makan tido makan tido je ko tahu kan?
---> hehe


4) hah ko x tahu ke bila datenya? tu la ntah ape yang ko buat selama nie kan ?
---> hehe


5) eh azli naik atas kejap , tolong pegi kedai belikan  _____  bole?
---> hehe


6) eh azli tolong susun dan kira semua benda2 nie boleh ?
---> hehe


7) hah skrng baru ko sibuk2 nak tanya2, sepanjang kat sini baru nak tanya..
---> hehe


8) ko buat je keje tu nanti aku bg ko "A"
---> hehe


9) Ape ko buat nie hah?? buat keje!
---> hehe


10) eh tolong angkat benda nie turun bawah !
---> hehe


Aku hanya mampu tersenyum  ~ Semua yang aku buat IKHLAS sampai 29/4 ~ Lepas tu tolong cari budak lain plak eh sambung keje2 aku neh bole? ~ Sekian Terima Kasih

Friday, March 11, 2011

tak sabar nak ada anak





Mesti korang terkejut kan?? anak?? hahaha..btw tadi aku kena tolong akak aku anta anak2 pegi skolah..kejut dorang bangun, mandi, makan dan sapu bedak kat pipi banyak2..siap2 then anta pegi skolah, terkenang sekejap masa aku kecik dulu ayah anta pegi skolah...waaa alangkah best bole putarkan balik masa..sgt best!! haha..


Ok lepas siap2, aku start moto panaskan enjin then anta anak buah yang darjah 2 tu pegi skolah..sampai je depan pintu skolah dia salam aku, cium pipi kanan kiri, muwahhks!! 




Time tu aku rasa terharu yang amat..camnie lah perasaannya kalo dah jadi bapak nanti kan?? sgt best!! ahhaha..melambai2 tangan budak tu ckp blaja rajin dan jangan nakal..dalam perjalanan balik plak singgah dekat warung beli sarapan untuk anak2 kat umah tu dua orang..sampai je tgk dah siap dua orang tuh dengan berpakaian sukan (tadika), sorang 5 tahun dan akaknya 6 tahun..makan2 kejap lepas tu anta dorang dua orang plak, memang rasa cam bapak dorang lah..ahha,


Kekadang aku duduk termenung terfikir camna lah nanti aku ada anak kan? Apakah kerja aku nanti ? kukuh x kewangan..so conclusionnya aku nak blaja betul2, cari keje bagus2..keluarga nanti xde lah susah, aku xnak sampai anak aku susah..satu lagi tujuannya ialah aku nak jadi contoh kepada anak buah aku yang lain..ibarat arwah mak aku slalu ckp " hah tgk contoh akak n abg, pilih nak jadi yang mana satu?" kata2 tu tersemat rapi di jiwa aku..Semangat2!! hehe


Kata - kata pujangga

" tengok abg dan akak? pilih nak ikot yang mana besar nanti ! " ( mak )
" kita mesti tunjuk contoh yang terbaik kepada anak buah, jgn kita ikut dorang.." ( nenek )



nie yang sulung (mastermind semua kerja)


paling kecik (yang nie slalu manja2 ngan aku)


yang pompuan tu kedua (pengikut setia abgnya) **eh baru perasan semua x pakai baju! haha

Wednesday, March 9, 2011

feeling good



iyah iyahh ~ camtu lah bunyinya aku bertungkus-lumus menyiapkan kerja. minggu nie dan minggu lepas boleh dikatakan minggu yang paling worst,exhausted and extreme, mmg mencabar kesabaran betol ! guess what? ok let me begin the story keh? 

Last week seharian keje aku cuma main kotak je, lipat kotak, gam kotak, bungkus kotak, koyak2 kotak, baling2 kotak dan byk lagi lah! muka neh dah berkotak2 dah..mmg tangan aku neh dah xda rupa, dah penuh dengan gam, gampang tol !! **teringat plak kat geng2 fariha, haha..so seharian tu aku buat keje tu jela, x tahu nk tulis apa dalam report, ish3..

Isnin,  isnin aku buat ape erk? jap nk fikir, hmmm ouh ingat2!! hari isnin paling yang memenatkan..mulakan dengan aktiviti pagi aku kena pegi maybank nak cashkan cheque tapi malangnya nasib gagal sbb system maybank tengah down..satu malaysia tao! so aku pon balik la terkedek2..then lepak jap, pastu bunyi "orang atas" calling2 aku.."azli naik atas kejap" dalam hati aku "ni mesti ada keje nk suruh aku buat neh, adesh!!" tanpa buang masa aku pon pegi jela naik..tgk2 kena tolong stapler no lucky draw kat buku penghargaan, mmg bapak banyak nk mampos tapi belom siap keje tu aku kena ikot staff pegi Royale pasang banner..eh lupa mesti korang tertanya2 kenapa aku buzy sgt kan? haaa hari selasa iaitu semalam company ada buat launching product kat Hotel Royale Bintang Resort and SPA kat Seremban nie..you know what? is the First Malaysian Operating System atau dikenali sebagai FiMOS, maybe ada diantara korang x tahu operating system tu ape kan?? ok aku terangkan skit..


"Operating System atau dalam bahasa ibunda kita Sistem Operasi adalah satu sistem yang build-in dalam komputer or notebook..ala macam window skrng tetapi FiMOS nie base on linux **sorry keterangan aku simple je tapi korang boleh rujuk kat website nie www.fimos.my keh?? "

ok sambung citer tadi balik lepas balik pasang banner aku dikejarkan suruh pegi maybank balik..dengan panasnya sampai2 terus amik cheque terus pegi maybank **hitam kulit aku, haha!! time tu mmg aku x larat dah..balik ofis cari aircond2!!! lepak sandar kat kerusi..best!! haha..time tu dah pkul 4 kot, dalam hati aku **tepon tolong lah jgn berbunyi, aku dah x larat nk buat neh..so dapat lah aku rilax2 sampai pkul 5, tapi tetiba je ada staff turun "azli tolong kejap, pegi kedai laminate id card nie" aku pon hah yela..pegi lah aku, dah siap sharp pkul 530 balik ofis balik, mintak2 dorang xde bg aku keje dah sbb kat atas tuh banyak lagi barang2 yang x dihantar ke hotel, setting2 semua lah..aku pon msj je penyelia aku ckp nk balik, dia pon ckp "OK" aku pon ape lagi terus balik umah! yeay2 dapat gak aku balik..ok done hari tu,

Selasa, bangun awal siap2..pkul 0815 aku dah sampai ofis, tgk2 aku ngan abg driver je ada kat ofis..yang lain semua dah gerak..tapi ada gak keje aku pagi tu, naik atas pegi print registration form 30 set..memang lambat la, sementara tu sempat gak la aku on FB kejap..haha! then gerak pegi Hotel dengan abg driver, dia bole plak silap jalan..adush! mmg melambatkan..tapi ok la xde la aku sampai lewat sgt sbb function tu start pukul 1030..keje aku berdiri sebelah meja registration dan bagi goodies, time tu muka neh dah cukup tebal dah..penat aku senggeh2! haha..nak2 time student USIM datang satu bas dia bawak, time tu mula lah nk control depan orang ramai..byk tu BUNGA!! hahaha..**Sorry gambar xde kat aku, dengan staff ada kot..next entry aku post erk? ok lepas dah semua tetamu masuk ikot lah aturcara majlis..

1030 pagi   - Ketibaan Para Jemputan
1100 pagi   - Ketibaan Para VIP
1130 pagi   - Ketibaan Y.B Dato Haji Ahmad B.Haji Maslan
                     Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
                  - Nyanyian lagu negaraku
                  - Bacaan doa
                  - Persembahan Kebudayaan
1145 pagi   - Ucapan alu - aluan CEO Inisiatif Strategik Sdn. Bhd.
1215 t/hari  - Ucapan Pelancaran oleh Y.B Dato Haji Ahmad b. Haji Maslan
1300 t/hari  - Penyampaian sumbangan, hadiah dan cenderahati
                   - Jamuan Makan
                   - Cabutan Bertuah
                   - Persembahan Artis
1400 t/hari  - Bersurai

Fun gak lah join function2 neh..nak aku dapat bermesra dengan Ezlynn dan Rem, even x gempak tapi best la dorang neh spoting..bual2 ngan dia rasa macam dia tu bukan artis, mak aih dia tanya sorang2..nie student lagi ke? keje sbagai ape? then bla blah..pot pet pot pet dengan penyelia aku skali..ahha! mmg chaiyok la!


kat bawah nie sempat la aku posing2 ngan Ezlynn dan Rem


suasana dalam ball room, depan tu ada penari kebudayaan tgh joget2!! haha


time nie majlis pelancaran..


ape lagi jom kita snap! haha

time nie aku plak kena jadi photographer


nah amik lagi..cepat2 ezlynn!! haha


kat sblah kanan tu penyelia aku, makin cantik plak dia,haha


kesian dengan rem neh,semua duk pegi kat ezlynn..xpe2 kita lepak same2 ekk? ;p


time nie aku tgh makan..meh2 dekat lagi meh! ahha


time ni dia nk kutip orang ajak menari dgn dia


tgk nampaknya pakcik nie sorang je yang berani..wahhaah! chaiyok ah


Rabu, hari nie rehat cam hari biasa sebelom nie, maybe nak lengkapkan report sbb esok lect nak datang lawat!!! warghh...dah la dua2 pompuan, mintak2 xde pape..semua berjalan dengan lancar, Hopefully~


keh la nanti kalo aku dapat gambar aku post kat entry ok?! See yea..daa :(

Thursday, March 3, 2011

terok

Aku tahu aku telah banyak mempergunakan ko ,
Aku tahu aku banyak memainkan perasaan ko,
Aku tahu aku lalai menjaga ko,
Aku tahu aku bukan lah pasangan yang terbaik untuk ko,


Tetapi...


Kenapa mendadak berubah sebegini rupa?
Dari sudut hati, aku amat menyayangimu, 
Ko tahu tak aku sayang ko hah?
Ko tak sayang aku ke?
Aku tahu selepas nie ko akan lagi "worst"
Aku paham perasaan ko camna,
Segala derita dan sengsara yang kau tempuhi,
Tapi ! jangan berani ko mengalas beban ini sendirian,
kerana aku selalu ada untuk mu..
aku akan selalu menjaga mu..














Oh....................... Laptop ku!!!



wakakaka! btw nie bukan cerita chenta tetapi cerita antara aku dan se"ekor" laptop ! haha, dia nie dah nk separuh mati dah..LCD rosak cam hape ntah



hah camnie lah rope kerosakan dia..tapi aku punya laptop line dia dalam keadaan mendatar dari bawah..kalo dah camnie camna aku nk buat keje?? dah ler nk pakai lame lagi neh..even guna 6ixth sense rasanya x dapat nk tgk gak kan?? kalo sape2 yang mampu tuh ajaqq aku erkk?? haha..hampeh

Diari Bulu Kaki :: nk kena kmpul duit lagi..adoihyaiii, mane2 duit?? kan best kalo bole jadi halimunan, bole aku rompak kedai emas!! hahaha...

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...