Sayang korang!!

Tuesday, November 30, 2010

My first day of tottt!

oh tidakk!! kan best kalo ada alat yang boleh berhentikan masa kan, aku nk lepak2 dulu then baru keje! tu lah perasaan aku semalam, nervous x habis2 tapi aku try to cool..rilax2, tutt2 sebelom aku pegi keje aku buat la last checked takot2 ada dokumen tertinggal, tengok2 buku Laporan Harian aku hilang!


waaa mampos aku!


mana dia pegi hah?? warghh! aku cam nak nanges je, nie mesti anak buah aku punye keje, memang sakit hati!! aku lupa nk lock dalam almari ari tuh sebab nk cepat, aku letak kat atas almari je. Nasib bek keesokkan harinya jumpa balik, anak buah aku sembunyikan kat dalam almari bilik sebelah..dia neh kalo bab2 mencuri teror, nakal betoi! abg aku ada cerita yang penah kena panggil ngan cikgu kerana anak dia tuh curi satu beg marker pen, hahahha..kalo ko tengok satu umah penuh dengan artifak dan seni kat dinding umah tuh..itulah budak2 kan? eh2 kita tinggalkan citer pasal tuh.. now lets begin of da story okeh!

pagi bangun awal kul 630, awal ker?? hahah, tapi sies mmg ngantok gila time tu..aku gosok baju, kemas beg n sarapan! siap2 dalam pkul 8:15 then terus aku chow! perjalanan aku amik masa dalam 25minit gak, tapi agak bahaya kerana guna highway, pagi2 banyak gila lori besaq2 sampai aku nk belok pun susah, haishhh..

sampai jek~ tggu kat pejabat bawah(company nie 2 tingkat) sbb penyelia x sampai lagi, then dah sampai tuh aku tunggu kat bawah sebab pejabat kat atas x bukak lagi..tutt2 sampai lah penyelia tu, aku ingtkan dia nie garang almaklum lah penyelia kan..tengok2 sempoi je, dia ngan pekerja lain ckp "ko" "aku" je..interview pun cam rilax2 je. tiba aku naik je tingkat atas dia suruh aku lepak2, dia sediakan tempat untuk aku. ada pc tapi haram x boleh nk install wifi adapter, so aku cam org bodoh la msj sana diri sampai lah pkul 530 petang! mmg penat n mengantokkan keje nie kan?? baru lah aku rasa camna org lain2 keje, bkn best sgt pon! waaa aku nk masuk poli balik! blaja lagi best!

Friday, November 12, 2010

Alhamdulillah [^___^]

“Ya ALLAH aku bersyukur kepadaMU kerana memberikan aku perasaan yang amat gembira ini walaupun sebelum ini telah banyak ujian dan dugaan telah aku lalui, aku redha dan bertawakal kepadaMU. Dan YA ALLAH aku amat bersyukur kepadaMU kerana menganugerahkan aku kawan-kawan yang selalu ada untuk aku tika aku rasa sangat tidak bermaya dan selalu menyokong aku! Amin Ya RabbaAlamin..”



Dugaan, Cobaan n apa lagi?? haha..Semester nie aku rasa paling banyak dugaan dan ujian buat aku, tetapi disebalik ujian itu membuahkan kegembiraan akhirnya..aku amat bersyukur kepada-Mu ya ALLAH.



FINAL EXAM 1hb-9hb

Alkisah, sebelum tiba 1hb iaitu hari isnin datang untuk aku berjuang , hari jumaat tu aku telah diuji dengan “DEMAM!” mmg sakit dan derita sgt2 time tu, aku tido sepanjang hari, malam tu je aku makan beberapa suap tapi itu pun nasib baek kwn aku tolong belikan makanan dan ubat! aku amat berterima kasih sgt2 pada beliau kerana tgokkkan aku malam tu..masa tu keadaan aku,**susah nk terangkan! mmg pening gila, selsema,batuk semua ada lah..nk bangun pun x larat, tika tu paez xda dia balek kg hari khamis (time tu aku x demam lagi), 3 hari aku terlantar kat katil. makan mmg x ah, asyik telan panadol je. perasaan nie mmg perit dan aku risau sgt dah ler x prepare pape pun utk exam. Hari ahad tu aku rasa ok skit, time tu nasib baek paez pun balik ipoh, so aku x riso sgt2 sbb dia ada boleh tolong belikan makanan or ubat ke kan.


FIRST PAPER – INTERNET SERVICES mmg susah la paper nie, aku prepare ala kadar je..ingt lagi aku ckp kat akak aku “akak nie jawab sekadar boleh lulus je” akak aku pon jwb “xpa, jaga kesihatan tu”, time tu akak aku pun risau, lepas dia Tanya “bole jawab ke??” aku rasa susah nk bg jwpn kepada pertanyaan tu, aku pun ckp “dah buat yang termampu” . time tu aku rasa down sgt2, dengan pening kepalanya! mmg tersiksa sgt2 demam time EXAM nie. Then, paper kemudiannya DATABASE ptg hari isnin tu, dan paper OPEN SOURCE OPERATING SYSTEM hari rabu pagi(3hb). Tiba petang tu aku ikut paez balik kg sebab ada gap, NEXT paper 9hb OBJECT ORIENTED PROGRAMMING. time tu pale aku masing pening2 lagi tapi aku gagahkan diri gak ikut dia balik kg sebab xkan aku nk duk kat umah sewa sorang2 lagipun ada masa gap byk.Time kat kg dia tu aku rasa sihat sikit, paez dan keluarga dia banyak bantu aku! AKU AMAT BERTERIMA KASIH SGT2! paez bawak aku pegi klinik, lepas drpd hari tu aku rasa lega sikit.



AKU DIUJI LAGI


:: hari sabtu ptg aku gerak dari kg paez utk balik ipoh plak sebab hari selasa tu ada exam, so niat nk buat prepare utk last paper nie. BUAT yang terbaik! tiba sebelum ptg nak gerak balik ipoh tu, aku tgok kat hp ada miscall drpd akak ipar aku(jarang akak ipar aku nie nk msj aku kalo time camnie) , so aku pelik la macam2 benda bermain dipikiran aku nie tapi aku pk positif je, mana tau dia nk Tanya kabar ke kan. so aku buat x tahu je. Ptg tu aku gerak dari umah paez pkul 5ptg sebab hujan baru berenti! pape pun kami kena balik gak. dalam perjalanan tu(kat HIGHWAY) hujan makin lebat, mmg kami basah kuyup then rehat kat R&R jap tggu ujan pelan skit, then kami teruskan lagi perjalanan. sampai dalam pukul 730! time da gelap tu mmg aku risau sebab jalan dah ler gelap berbukit bukau then lori besar2 lalu tapi nasib baik kami selamat sampai akhirnya.



TIBA-TIBA :: lepas sampai aku rehat kejap(kepala masih pening2 n mmg sejuk giler) then aku mandi sebab takot demam lagi (aku demam pun sebab kena hujan then x mandi), lepas tu aku on FB sebab dah lama x on kan, nk tengok apa citer budak2 kat fb tu semua. TIBA-TIBA aku tgok ada 2 org jiran aku post kat wall aku, dia tulis :


“Salam Takziah.... Drpd Nya kita datang, dan kpda Nya jga kita kembali.....

salam takziah.. atas pemergiaan abg zam ke rahmatullah... semoga rohnye d cucuri rahmat.... al-fatihah..”

hah???? tu nama abg aku!


then lepas tu aku amik tepon n call akak aku! then ckp:


“mat, abg mu xda dah..dia meninggal pagi tadi, dah selamat kebumikan..sekarang nie akak abg mu yang lain tengah otw balik kg, mu exam la jangan risau apa2, hbiskan exam tu dulu then baru balik kg”



time tu aku sentap,aku x tahu nk ckp apa, daripada mood aku nk stadi n nk sihat jadi demam n pening2 balik, aku naik atas katil then berselimut, aku TERMENUNG ja..setitis demi setitis air mata aku mengalir, dalam fikiran aku “ dah ler x dpt nk balik sebab ada exam lagi, nak tengok wajah arwah buat kali terakhir pun aku x sempat” time tu aku rasa mmg DOWN dan sedih yang amat. aku rasa nk stadi tuk exam pun x bermaya! lagi2 lepas last paper nie aku ada EXAM CCENT(exam on9 dari luar) Time tu aku rasa down gila2,bak kata pepatah “jatuh ditimpa tangga”. aku ckp kat mami(aezriyani abu bakar) “mami aku rasa x bersemangat langsung nk amik paper n exam CCENT nie, aku rasa xnak amik” time tu lah mami banyak bagi semangat kat aku, banyak kata2 semangat dia bg kat aku. dia care tentang aku, Sruh aku Minum 100% banyak2 dan siap kongsikan ubat dia dengan aku lagi(sebab dia pun demam gak) dan bg petua tido x payah pakai selimut lah sebab nk bg panas tu keluar (petua turun-temurun katanya). Then, aku ckp kat diri aku “aku ada kwn2 yang bg semangat kat aku! so aku kena teruskan!”


BOOTCAMP

bootcamp ni untuk persediaan exam CCENT tu, AKU,WANI dan PAEZ terlibat..camp tu berjalan 3 hari (ISNIN-RABU) hari pertama aku x pergi sebab x larat sgt2, aku tido je hari tu..paez n wani pegi bootcamp tu, selepas depa balik aku Tanya lah camna best ke x. BootCamp tu ada instructor yang berpengalaman yang ajar cara2 nak jwb exam tu dan apa yang target msuk dlm exam tu, Hari Selasa aku pegi la sesi pagi, petang aku x pergi sebab pening sgt2 time tu, perasaan tu amatlah risau sebab x cover apa2 pun. siap aku ckp lagi kat paez “weh paez Tanya lect, camna kalau aku xnak amik CCENT nie! aku x bermaya n bersemangat langsung” setelah esok aku pergi adalah semangat skit nk amik exam nie, aku ingt kata2 mami “ang jangan wat tensen2, buat relax sudah! “ aku pegang kata2 tu. Selepas selesai 3 hari bootcamp, malam khamis kami bertungkus lumus wat note! bace note sana sini, cari kat internet! so sampai keesokkkan harinya paez pergi exam dulu(group 4) aku group 5. tiba giliran aku, aku masuk ja! time tu pala nie mmg tengah blank cam x blaja pape plak! tapi Alhamdulillah! sebab nasib baek dalam bilik exam tu kami dibenarkan bawak note dan boleh bincang2 dengan org lain (penjga exam ada tapi depa buat x tahu ja, sebab exam nie kan susah so biarkan je kami bincang).


soalan exam tu ada 50 soalan, daripada 1000 point kami kena betul 804 keatas baru dikira LULUS!


time tu mmg aku gugup! tapi nasib baek WANI dan PAEZ duk kat sebelah aku tolong aku ! depa banyak sgt2 tolong aku! kalau yang x tahu tu men TEKAN NEXT2 je, tiba soklan 50 aku takot nk tekan NEXT sebab lepas tu dia akan paparkan point tu! aku terkejut! aku dapat 825 and PASS!! ***aku terkaku kejap! eh nie betul ke? aku lulus! yeay2 ^_______^.


Akhirnya aku rasa amat gembira! wani berkata2 kat aku “ tengok ang lulus! sebab tu aku ckp disebalik dugaan ang dapat ada hikmah disebaliknya!” Tengs wani!



Utusan untuk SAHABAT TERINDAH!

Aezryani Abu Bakar aka MAMI!



:: hmmm, hehe..nie mami! aku nk ucapkan terima kasih sgt2 kat ang mami! banyak bg semangat kat aku! ang da ibarat cam mami betul2 dah, jeles ang dpt balik kg dulu..aku nk balik gak!!



SYAZWANI aka Manusia Hidup!


:: haaa, nie wani! dia nie comel kan?? (aku terpaksa puji ang sebab ang tolong aku! haha) dia nie pendengar aku! pape feeling sedey2 ke aku salu cerita kat dia! semua dia tahu pasal aku, family,kisah idup, camna itu dan ini semua dia tahu ah! aku suka citer ngan dia sebab lepas citer dia akan turut nanges sama2 ngan aku! muwahhahaha! tapi pape pon wani ang mmg yang terbaek!!



MUHAMMAD FAIZ aka Paez!


sapa x kenal dia nie! satu kelas ngan aku! satu umah! satu bilik! dan satu katil!(katil double decker oke!) dan dia merangkap kawan aku sgt rapat! dia la teman segalanya! kemana sahaja mmg aku ngan dia! kami dah ibarat adik-beradik dah! semua cerita dia aku tao dan semua cerita aku dia tao! kami salu kongsi2 pakaian!(aku yang salu pjm pakaian dia!) dan yang penting kami nie satu kepala! mmg best dapat kawan camnie kan, semua layan!! haha, aku nk berterima kasih ka tang paez! time aku demam ang banyak tolong aku! bawak p klinik then ajak aku balik kg ang supaya aku x sorang2 kat umah sewa nie, jaga aku dan sebagainya! aku hargai sgt2.



PRAKTIKAL – SEREMBAN 2


Semester 3 sudah pun berakhir! lepas nie semester 4 akan datang iaitu aku akan pergi praktikal! maknanya nie last aku duk ipoh! lepas setengah tahun akan jumpa kamu semua! pasti rindu mmg gila2 kat korang! korang jaga lah diri baek2 oke! pape kita contact! ingat kita banyak kenangan bersama! rindu nk kumpul ramai2 balik lepas nie! rindu sgt2!!



SAYANG KAMU SEMUA TAO!!

Jom tgk kisah lain plak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...